Search This Blog

Tuesday, June 23, 2009

rite now the time is 1.45 am in the morning.
these eyes of mine wouldn't shut down. aku pon tak tau apasal.
so jom la aku share sket exp aku mase buat umrah...

kali ni aku pegi same macam dulu, dgn family. cuma no atuk and no mom. ade mom tapi mak tiri la kan. lain. so agak bosan sket cause kene jaga budak - budak. lil sis ngn nephew.
this year naik kat changi. flight schedule dalam kol 4.30 petang. dah masuk flight ni, after 2 hours baked in there suddenly they asked all of the passengers to get out kejap. cause diorng nak repair aircond. sabar je lah ye... dah setel repair lebih kurang dalam kol lapan lebey la camtu baru naik ke langit.
it was a long flight from changi to jeddah. 8 hours and 30 minutes. kebas, kejang, semua ade. panas. m
acam2 la. sabar... makan ape semua ok. no problem. steward diorang pon ok gak. cun2 :P. naik saudi arabia airlines. same gak macam dlu.

then sampai jeddah terus naik bas yang akan membawa semua jemaah ke madinah. lepas 8 jam stgh dok dalam flight, dok dalam bas pulak lagi 7 jam. perghhhhh!! kepale aku ni dah mantol2 dah. nak muntah, tapi boleh cover lagi. ape lagi, bantai tidoooo. lepas 7 jam, sampai la madinah. it was beautiful and not the same as it was as 15 years ago. banyak berubah. no more small shops, no more kedai2 ala2 masjid india. hotel semua 3 to 5 stars. takde cikai2 dah. hotel yg aku stay in tu memang best. mantap service die. nasib baik la aku pandai cakap arab sikit. tapi tak berape risau sgt kat sane coz some arabian panadai cakap melayu eventho bertabur bm diorang. tapi still boleh faham la. kat madinah, my father shopping sakan. aku? lepak je kat bi
lik layan muvie. nak isap rokok haram. kene tangkap, mampus aku tak balik mesia dah. lagi nak mencarik rokok. tapi pak arab kat sasne isap rokok secara selamba dan bergaya je aku tgk. tapi takpe la, aku pon tak kuat smoke sgt. setakat 2 minggu, no hal. masjid nabawie is still the same as always. seronok solat kat situ. tenang, selesa. tapi tempat yang paling orang kejar is the raudhah. that is the area where prophet Muhammad lived. i think. and makam die dgn saidana abu bakar and saidina uthman pon ade kat situ. alhamdulillah aku dapat solat kat situ 2 kali. and 2 kali aku dapat pergi makam Rasulullah and sahabat. then pergi bukit uhud tempat berlakunya perang uhud, kilang buat quran dimana aku mendapat satu quran free.










after 3 days staying at madinah, it's time to move on to makkah. aku pack semua barang2 ape ntah yg bapak aku eli. aku rase family aku banyak bawak barang. sebab family lain aku tgk just bawak beg pakaian diorang je. or maybe ade yg aku tak perasn la kan. mane tau....

sampai di makkah aku bu
at tawaf qudum. tawaf selamat datang. rase kecil je diri aku ni bile aku tgk kaabah tu. takut pon ade. ye la orang muda, banyak dosa. tapi kat makkah ni aku just banayk buat tawaf and saei' ngan solat je la. aku mula gegar shopping kat area masjid kuching mase dah nak balik mesia. tapi ade gak aku follow mutawif aku pergi makan nasi mandi. ni ha kat sebelah ni. tgk la ye. betapa menyelerakan. satu dulang ni aku makan bersama 5 lagi geng2 makcik2 dan budak. tak abes! tapi aku pandang pak arab sebelah aku, dgn selamba mereka melicinkan dulang mereka dengan hanya tenaga 2 orang je. perghh!!! memang kuat makan la diorang. patut la badan bagak!


mase kat area masjid kuching tu ade la aku beri barang sket utk aku, kawan2 skali. ade lak sket ole2. diorang tak kirim dwet dwet, aku pon beli ala kadar je la kan. asal ade.
hmmm ape lagi ek... tu je lah kat mekah. o ye, aku dapat masuk hijir ismail dan buat solat sunatdan bermohon kepada Allah
"Ya Allah Ya Tuhan Kami (aku dan semua rakan2 aku), berikanlah kami kejayaan dalam menghadapi keputusan peperiksaan, berikanlah kami kejayaan dalam pemeriksaan MQA, sesungguhnya Engkau Maha mengetahui, berikanlah kami jodoh yang baik untuk agama kami, iman kami, ibadah kami dan diri kami" memang itu je la aku ulang2 setiap kali lepas solat. tapi ade la kata2 aluannye, takkan mintak je takde selawat dan puji-pujian kpd Allah dan rasul-Nya. ade lagi satu doa yang aku tak sebt kat sini. tak leh sebut bahya. jeng jeng jeng. hanya budak2 G 6.2 je tahu.

then on the final day, b4 balik. kitorang pergi jeddah, solat jamak semua then naik flight dalam kol emm 9.55 malam waktu jeddah. this time flight takde prob. all smooth sailing. Alhamdulillah

tu je la. utk lebih gambar, check out friendster ngan face book aku. nak tgk vids, nanti kalo aku sempat aku upload kat channel youtube aku iaitu www.youtube.com/jke6452. kalo sempat la kan. tapi link fs dgn face book aku ade kat sebelah ni --------->>>>>>>> tu kat tepi tu. tgk je. tak private pon.

so tu je lah setakat ni. see ya'll next time with more stories and more binaries log a.k.a BLOG (yokyok je aku ni... ntah betul ntah tak :)) )

Assalamualaikum!

Monday, June 22, 2009

diari seorang killer 5

“Assalamualaikum semua. Saya Doktor Raziman. Saya akan menjadi doktor pembimbing awak selama awak menjalani latihan di sini. Ingat, awak semua belum menjadi doktor yang bertauliah. Hanya pemerhati sahaja. Tetapi bila dipanggil untuk membantu doktor lain, anda semua hendaklah bersedia dan hendaklah pasti dengan semua tindakan yang akan diambil kerana tugas kita ini adalah bermain dengan nyawa.” Itulah muqadimahku kepada doktor – doktor pelatih ini. Aku cuma hanya mengambil pendekatan bersahaja. Tidak seperti sesetengah doktor veteran yang lebih tegas. Setelah aku memberikan sedikit taklimat tentang tugas-tugas dan rutin mereka, aku terus meniggalkan mereka dan kembali ke pejabatku. “Maaf Umairah buat awak tertunggu lama. Saya pergi urus kan pelatih baru tadi.” Dia hanya mengangguk seperti tanda faham. Kehadiran nya di sini memang amat aku nantikankerana dia adalah pesakit terpenting ku setakat ini. Kondisinya semakin hari semakin pulih. Nasib baik dia ini jenis yang mahu mendengar cakap. “Jadi kita nak kena buat check up lagi ke doktor?” tanya Umairah. Aku menjawab soalan itu dengan pertanyaan. “Awak ikut tak arahan saya tentang masa makan ubat?” dia mengangguk pantas. Lega aku melihat anggukan itu. aku memberi tahu kepadanya bahawa hanya pemeriksaan ringan sahaja yang akan ku lakukan. Aku kemeudian mengambil tekanan darahnya. “Emm.. doktor lepas ni free tak? Boleh bawak saya jalan-jalan di taman hospital?” aku termangu sebentar. Ku lihat jadul di mejaku bersih tiada sebarang coretan. “Awak nak jalan ke awak nak saya tolak?” dia hanya menunjukkan 2 jari kebawah sambil menggerakkannya kedepan dan kebelankang. Aku tergelak kecil tapi aku mengerti tanda itu.

28 Mei 2005 _ Inspektor Johan

“Jo, aku rasa dah nak give up la dengan kes ni. Tiada bukti yang kukuh. Suspek pun kita tiada...” betul kata Siva itu. aku juga hampir berputus asa dengan kes ini. Semua bukti kucar kacir. Dua pembunuhan yang lepas memang tak dapat aku kaitkan. Tapi aku hanya mampu bersabar kerana aku dapat rasakan pembunuh itu tidak akan berhenti selagi dia ditangkap. “Sabar Siv, kau macam tak biasa pulak dengan benda-benda macam ni. Biasa la sekali sekala kes ni sangkut.” Aku hendak menyedapkan hati Siva.

Tok..tok..tok.. Kami berdua memandang pintu. Ain? Apa dia buat disini? Aku dan Siva amat terkejut. “Saya, Inspektor Nurul Ain, datang melapor diri untuk menyertai pasukan siasatan kes pembunuhan tuan.” Aku membalas tabiknya dan kami kemudian berlagak seperti biasa. “Ain, macam mana U boleh tukar ke sini?” Siva laju bertanya. Ain kemudian menceritakan bagaimana dia boleh bertukar ke kumpulan ku. “ Jadi dari apa yang saya kaji, kita boleh keluarkan beberapa orang suspek yang telah di bincangkan semasa mesyuarat minggu lepas.” Aku dan Siva mendengar dengan penuh berminat. Selepas Ain tamat memberikan hujahnya, kami tersenyum gembira kerana walaupun sedikit, tetapi kes ini ada kemajuan.

30 Mei 2005 _ Fara

“ Mana la abang ni, tak balik – balik lagi. Dah pukul 1 pagi ni...” Fara mengeluh risau kerana Raziman belum pulang dari hospital. Tiba – tibe telefon bimbitnya berdering. “ Hello, abang kat mana tu? Bila nak balik?” tanpa memberi selamat, Fara terus menerjah dengan soalannya. Talian di sebelah sana senyap membisu. “sejak bila awak panggil saye abang ni Fara? Nak balik mana?”. Rupanya fahmi yang menelefon. Betapa malunya dir Fara ketiak itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Kemudian dia menerangkan apa yang berlaku. Fahmi hanya tergelak kecil dengan kejadian tadi. Sedang mereka berdua asyik berbual di talian, Raziman pun tiba. Fara dengan pantas bergegas melihat keluar. “Kenapa abang balik lambat sangat ni? Risau fara tunggu tau...” Raziman hanya tersenyum. Dia kelihatan penat terus meletakkan begnya di atas sofa dan dia terus duduk merehatkan badan. Fara terus ke dapur dan membuatkan abangnya segelas air oren. “Terima kasih. Kenapa risau sangat abang tak balik? Selalu ok je?” soal raziman. Fara hanya senyum dan terus mengeluarkan sesuatu dari bawah meja ruang tamu. “happy birthday abang!” dia memberikan raziman sebuah hadiah yang cantik bersampul. Raziman mengucapkan terima kasih dan terus membuka hadiah itu perlahan – lahan. Sebuah jam tangan yang agak berjenama dan agak mahal. Raziman terus memeluk lalu mengucup dahi adiknya dan terus naik ke atas. Fara agak terkejut dengan tindakan abangnya itu terpinga – pinga melihat abangnya naik ke bilik...

30 may 2005 _ 7.30 pagi – ampang

“He’s getting more sadistic!” gumam Inspektor Ain. Aku hanya diam kerana kehilangan kata – kata melihat mayat tanpa kepala itu. “Jo, M.O yang sama tapi this is new.” Itulah yang dapat dikatakan oleh Siva. Kami terus membisu melihat mayat itu. Aku bingung. Mengapa pembunuh itu melakukan satu pembaharuan pada mangsa kali ini. Aku secara perlahan melihat keseluruhan tempat kejadian. Aku mengarahkan pasukanku mencari kepala mangsa dan memperluaskan kawasan mencari. Mungkin kepala mangsa ada disekitar sini. Kali ini mangsa kehilangan 2 benda. Jantung dan kepala. Tiba – tiba aku ternampak sesuatu. Satu cebisan bahan putih seperti kertas. Aku mengambil forsep dan mengutipnya. “Ini getah latex ni. Mesti ade DNA pada cebisan ni.” Aku tersenyum dan menghulurkan bahan bukti itu kepada pasukan forensik supaya mereka dapat melakukan ujian ke atas bahan bukti itu.

30 may 2005 _ 2.00 petang – Raziman


“Apa aku nak buat dengan kepala ni...” aku termenung sejenak memikirkan apa yang patut aku lakukan....

 
Copyright© aKu pUnYE caKAp2