Search This Blog

Monday, June 22, 2009

diari seorang killer 5

“Assalamualaikum semua. Saya Doktor Raziman. Saya akan menjadi doktor pembimbing awak selama awak menjalani latihan di sini. Ingat, awak semua belum menjadi doktor yang bertauliah. Hanya pemerhati sahaja. Tetapi bila dipanggil untuk membantu doktor lain, anda semua hendaklah bersedia dan hendaklah pasti dengan semua tindakan yang akan diambil kerana tugas kita ini adalah bermain dengan nyawa.” Itulah muqadimahku kepada doktor – doktor pelatih ini. Aku cuma hanya mengambil pendekatan bersahaja. Tidak seperti sesetengah doktor veteran yang lebih tegas. Setelah aku memberikan sedikit taklimat tentang tugas-tugas dan rutin mereka, aku terus meniggalkan mereka dan kembali ke pejabatku. “Maaf Umairah buat awak tertunggu lama. Saya pergi urus kan pelatih baru tadi.” Dia hanya mengangguk seperti tanda faham. Kehadiran nya di sini memang amat aku nantikankerana dia adalah pesakit terpenting ku setakat ini. Kondisinya semakin hari semakin pulih. Nasib baik dia ini jenis yang mahu mendengar cakap. “Jadi kita nak kena buat check up lagi ke doktor?” tanya Umairah. Aku menjawab soalan itu dengan pertanyaan. “Awak ikut tak arahan saya tentang masa makan ubat?” dia mengangguk pantas. Lega aku melihat anggukan itu. aku memberi tahu kepadanya bahawa hanya pemeriksaan ringan sahaja yang akan ku lakukan. Aku kemeudian mengambil tekanan darahnya. “Emm.. doktor lepas ni free tak? Boleh bawak saya jalan-jalan di taman hospital?” aku termangu sebentar. Ku lihat jadul di mejaku bersih tiada sebarang coretan. “Awak nak jalan ke awak nak saya tolak?” dia hanya menunjukkan 2 jari kebawah sambil menggerakkannya kedepan dan kebelankang. Aku tergelak kecil tapi aku mengerti tanda itu.

28 Mei 2005 _ Inspektor Johan

“Jo, aku rasa dah nak give up la dengan kes ni. Tiada bukti yang kukuh. Suspek pun kita tiada...” betul kata Siva itu. aku juga hampir berputus asa dengan kes ini. Semua bukti kucar kacir. Dua pembunuhan yang lepas memang tak dapat aku kaitkan. Tapi aku hanya mampu bersabar kerana aku dapat rasakan pembunuh itu tidak akan berhenti selagi dia ditangkap. “Sabar Siv, kau macam tak biasa pulak dengan benda-benda macam ni. Biasa la sekali sekala kes ni sangkut.” Aku hendak menyedapkan hati Siva.

Tok..tok..tok.. Kami berdua memandang pintu. Ain? Apa dia buat disini? Aku dan Siva amat terkejut. “Saya, Inspektor Nurul Ain, datang melapor diri untuk menyertai pasukan siasatan kes pembunuhan tuan.” Aku membalas tabiknya dan kami kemudian berlagak seperti biasa. “Ain, macam mana U boleh tukar ke sini?” Siva laju bertanya. Ain kemudian menceritakan bagaimana dia boleh bertukar ke kumpulan ku. “ Jadi dari apa yang saya kaji, kita boleh keluarkan beberapa orang suspek yang telah di bincangkan semasa mesyuarat minggu lepas.” Aku dan Siva mendengar dengan penuh berminat. Selepas Ain tamat memberikan hujahnya, kami tersenyum gembira kerana walaupun sedikit, tetapi kes ini ada kemajuan.

30 Mei 2005 _ Fara

“ Mana la abang ni, tak balik – balik lagi. Dah pukul 1 pagi ni...” Fara mengeluh risau kerana Raziman belum pulang dari hospital. Tiba – tibe telefon bimbitnya berdering. “ Hello, abang kat mana tu? Bila nak balik?” tanpa memberi selamat, Fara terus menerjah dengan soalannya. Talian di sebelah sana senyap membisu. “sejak bila awak panggil saye abang ni Fara? Nak balik mana?”. Rupanya fahmi yang menelefon. Betapa malunya dir Fara ketiak itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Kemudian dia menerangkan apa yang berlaku. Fahmi hanya tergelak kecil dengan kejadian tadi. Sedang mereka berdua asyik berbual di talian, Raziman pun tiba. Fara dengan pantas bergegas melihat keluar. “Kenapa abang balik lambat sangat ni? Risau fara tunggu tau...” Raziman hanya tersenyum. Dia kelihatan penat terus meletakkan begnya di atas sofa dan dia terus duduk merehatkan badan. Fara terus ke dapur dan membuatkan abangnya segelas air oren. “Terima kasih. Kenapa risau sangat abang tak balik? Selalu ok je?” soal raziman. Fara hanya senyum dan terus mengeluarkan sesuatu dari bawah meja ruang tamu. “happy birthday abang!” dia memberikan raziman sebuah hadiah yang cantik bersampul. Raziman mengucapkan terima kasih dan terus membuka hadiah itu perlahan – lahan. Sebuah jam tangan yang agak berjenama dan agak mahal. Raziman terus memeluk lalu mengucup dahi adiknya dan terus naik ke atas. Fara agak terkejut dengan tindakan abangnya itu terpinga – pinga melihat abangnya naik ke bilik...

30 may 2005 _ 7.30 pagi – ampang

“He’s getting more sadistic!” gumam Inspektor Ain. Aku hanya diam kerana kehilangan kata – kata melihat mayat tanpa kepala itu. “Jo, M.O yang sama tapi this is new.” Itulah yang dapat dikatakan oleh Siva. Kami terus membisu melihat mayat itu. Aku bingung. Mengapa pembunuh itu melakukan satu pembaharuan pada mangsa kali ini. Aku secara perlahan melihat keseluruhan tempat kejadian. Aku mengarahkan pasukanku mencari kepala mangsa dan memperluaskan kawasan mencari. Mungkin kepala mangsa ada disekitar sini. Kali ini mangsa kehilangan 2 benda. Jantung dan kepala. Tiba – tiba aku ternampak sesuatu. Satu cebisan bahan putih seperti kertas. Aku mengambil forsep dan mengutipnya. “Ini getah latex ni. Mesti ade DNA pada cebisan ni.” Aku tersenyum dan menghulurkan bahan bukti itu kepada pasukan forensik supaya mereka dapat melakukan ujian ke atas bahan bukti itu.

30 may 2005 _ 2.00 petang – Raziman


“Apa aku nak buat dengan kepala ni...” aku termenung sejenak memikirkan apa yang patut aku lakukan....

0 komen2 membinAAA:

 
Copyright© aKu pUnYE caKAp2