Search This Blog

Friday, May 21, 2010

Taubat Kasih

~Hadee~


Genap 2 tahun aku menetap di Kuala Lumpur ini. Segenap isinya aku tahu. Dimana nak cari perempuan, pil, ubat – ubat, apa saja yang aku mahu aku boleh pergi dengan mudah dan semua boleh ku urus dengan mudah. Sudah lama aku tak pulang ke kampung, tanah tumpah darahku itu telah lama aku lupakan. Tidak sekali terlintas di hati aku untuk pulang ke kampung untuk bertemu dengan orang tuaku serta adik beradikku yang lain. Padahal Kuala Lumpur dengan Johor Bahru itu bukanlah jauh mana. Lagipun kepulangan aku bukannya dapat mendatangkan apa – apa kebahagiaan kepada semua ahli keluargaku. Bapaku seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia boleh beli apa yang dia mahu, beri apa yang dia mahu. Aku ini hanya kambing hitam dalam keluargaku. Belajar tidaklah sehebat abang dan kakak ku. Undang – undang dan duit, semua dalam tangan mereka. Mereka hidup di dalam genggaman bapaku. Apa yang dia mahu, itu yang mereka turutkan. Tapi bukan aku.... Aku bergerak sendiri, mengikut hati dan kemahuanku sendiri. Masih teringat lagi amaran bapaku itu “Kau keluar dari rumah ni, jangan berangan lah nak datang balik. Kau nak hidup senang, ikut cakap aku!”. Heh, ternyata apa yang bapaku katakan itu tidaklah benar belaka. Kerana apa yang aku kecapai ini walau tak semegah dia, aku mampu hidup. Aku adalah tuan kepada diri aku. Bukan dia, bukan mereka, bukan sesiapa. Tapi hanya aku.



~Atikah~


Sudah lama aku menetap di bandaraya metropolitan ini. Hidup aku sentiasa bergerak. Di mana ada duit, di situ ada aku. Kadangkala aku pulang ke kampung melawat ahli keluargaku yang lain di Perlis. Aku bukannya orang senang. Tapi aku sentiasa meminta bantuan kewangan dari ibu bapaku di kala aku kesempitan. Apa yang mereka tahu, wang itu aku gunakan untuk pengajianku di kolej. Padahal aku gunakan untuk membeli apa yang aku mahu di sini. Ah! Nanti aku sudah tamat belajar, aku kerja, aku bayar baliklah duit mereka. Aku suka melepak di kelab – kelab malam bersama teman – teman yang lain. Boleh kenal – kenal dengan kawan baru. Seronok aku lepaskan tekanan disana. Menari, minum, menari lagi... untung – untung tidurku berteman. Aku merasa seronok hidup begini. Tiada tekanan. Aku boleh buat apa yang aku suka. Aku bahagia. Aku tidak ambil pusing apa orang kata tentang diri aku. Aku adalah tuan kepada diri aku. Bukan dia, bukan mereka, bukan sesiapa. Tapi hanya aku.

0 komen2 membinAAA:

 
Copyright© aKu pUnYE caKAp2