Search This Blog

Monday, May 24, 2010

Taubat Kasih eps. 2


Hadee - Cheras 

"bro, lu ade barang tak? stok gua abes la" datang seorang mat pit yang dah macam dihujung nyawa aku tengok. Tapi aku kenal dia, namanya Amran. Memang asalnya orang kl. Antara pelanggan tetap dan juga kandangkala menjadi promoter untuk aku. Ramai pelanggan aku adalah dari saranan dia. “Sebab kau banyak tolong aku, ni aku bagi kau diskaun. Barang baru, baik punya. Tapi kalau kau mampus try benda ni aku tak amek tau. Amacam ada berani?” kami hanya gelak besar sambil memandang kiri kanan, aku menyelitkan lipatan serbuk putih itu ke dalam seluar Amran. Dia hulurkan aku not RM 100. Aku ambil dan kami terus bergerak mengikut haluan masing – masing…

Telefon bimbitku berbunyi, nama yang naik, ibu… aduh serba salah aku hendak menjawab panggilan itu. “Assalamualaikum dee, ibu ni. Anak ibu sehat?” aku menjawab ala kadar sahaja. Perbualan kami hanya biasa – biasa sahaja. “Ibu rindu dengan Hadee… bila anak ibu ni nak balik??” soalan itu membuat aku diam. Aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan pada ibuku. “Ibu tahukan kenapa hadee tak boleh balik… kalau balik pun bukan ada orang suka” ujarku dalam nada perlahan. Walaupun aku tidak pulang menjenguk, tapi dia masih ibuku. Ibu memang tak pernah berhenti memujukku untuk pulang ke Johor. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Tapi aku terperangkap dengan keadaan. Aku tetap dengan pendirianku. Akhirnya aku akur dengan kehendak ibuku “Nantilah ibu, Hadee balik. Tapi kita jumpa di Danga Bay.” Dengan jawapanku itu, aku dapat rasakan setitis kegembiraan dalam nada ibuku. Aku memberi salam dan menamatkan perbualan kami. Seraya aku menyimpan telefon ku ke dalam poket seluar dating seorang lelaki tua, “Nak, pak cik sudah 3 hari tak makan. Boleh tak awak beri pak cik makanan?”. Aku melihat keadaan orang tua itu sangat menyedihkan. Aku bertanya asal orang tua itu dan mengapa keadaanya sedemikian rupa. “Pak cik hidup sebatang kara, tiada saudara tiada keluarga. Hidup merempat sana sini”. Sayu juga hati lelaki ku ini mendengar kata – kata orang tua itu. “Emm.. ok pak cik, jom kita pergi makan. Saya pun lapar juga ni” 

Di kedai makan, aku hanya memesan nasi goreng dan teh o ais. Aku berikan orang tua itu kebebasan untuk memesan apa yang dia mahu. Aku sedikit terkejut kerana dia hanya meminta roti bakar dan air suam sahaja. Aku bertanya mengapa begitu sedikit pesanannya. “Semua itu sudah memadai. Asalkan pak cik dapat hilangkan lapar ni cukuplah.”. Aku hanya mengiyakan kata – kata orang tua itu. Selesai makan, aku mengeluarkan not RM 50 dan aku bayar semua makan minum tadi. Selebihnya aku berikan pada pak cik tadi. Dengan pantas pak cik itu menangkap tanganku. “Terima kasih nak, ingat pesan pak cik. Kamu akan menghadapi satu keadaan dimana kamu boleh memilih untuk terlibat atau tidak. Tapi ingat, pilihan kamu itu akan mempengaruhi hidup kamu di masa hadapan. Apa pun pilihan kamu, jangan menyesal dan jangan berpatah balik. Ingat...”. Aku sedikit terkejut dengan ayat orang tua itu. Aku lantas menarik tanganku dan berlalu pergi. Ada lagi urusan jual beli yang perlu aku hadiri. 

“Ok sir, you should try this new brand. I’ll give u 20% discount for your first buy. How about that?” dua lelaki negro ini kelihatan tertarik dengan tawaran ku. Datang lagi empat orang sahabat mereka, melayu. “hey i know this guy. He sell good stuff man...” wah! Terkenal juga aku di sini. Mereka memilih lagi beberapa pil. Mungkin untuk berpesta malam nanti. Aku peduli apa. Asal duit masuk. “Irfan!! Lepaskan tangan I. I tak nak! Sampai hati you buat i macam ni! Lepaskan!!! Tolong!!!” Ah! Suara awek mana pulak tu jerit – jerit mintak tolong.. kacau bisnes la...

Atikah – Cheras

“Sayang, bangun jom... i lapar la. Jom sarapan?” ujarku pada kekasihku, Irfan. Dia hanya membuka mata seketika dan senyum. “Ok, u pergi mandi.” Jawapan itu membuatkan aku bingkas bangun dari katil dan segera memakai tuala untuk mandi. Seronok aku berpesta malam tadi. Lagipula aku baru selesai mengambil peperiksaan semester ini. Semalaman bersama kekasihku juga membuatkan aku bahagia. Saat air panas membasahi diri, aku dipeluk dari belakang. “U mandi lambat sangat la baby.. i mandi dengan u sekali la.. hehe” saat itu nafsu kami hangat kembali....

“Nak makan di mana ni u?” ujarku. Irfan hanya memberi satu nama kedai makan yang tak pernah aku dengari. Aku hanya menurut sahaja. Lapar perut ini tak tertahan rasanya. Kami tiba di sebuah kedai makan melayu. Agak ramai. Mesti sedap makanannya jangkaku. Kami memesan makanan masing - masing. Telefon berbunyi. Ayah. “Alamak! Kene angakat ni.” Aku berlari keluar kedai. Irfan memahami. “Hello ayah. Ayah sehat ke?” tanyaku dengan nada gembira yang ku buat2. “Assalamualaikum. Sehat. Macam mana peperiksaan? Boleh buat?”. Terkedu aku seketika. Selepas menjawab salam ayah ku, kami berbual ala kadar. “Ayah, boleh masukkan RM600 tak dalam akaun, ika nak pakai duit la ayah. Tak cukup duit pinjaman ika ni. Nak bayar untuk kelas semester depan.” Ayahku hanya diam seketika. “Nanti ayah usahakan” jawabnya. Aku tahu aku akan dapat juga duit itu. Perbualan kami tamat. Aku kembali ke meja makan ku. Makanan  Irfan hampir habis. Aku mula menyentuh makananku. Tiba – tiba pandanganku teralih kepada seorang lelaki tua dan seorang lagi lelaki yang kelihatan seperti di pertengahan 20-an. Aku sedikit terkejut memandang lelaki tua itu memaut tangan lelaki muda itu secara tiba – tiba. Aku cuba mencuri dengar tentang apa yang di katakan lelaki tua itu. Namun tak kedengaran dek hiruk pikuk kedai makan. “Bergaduh dengan bapak dia tu agaknya...”. gumamku.

Selesai makan, Irfan membawaku ke satu tempat yang agak sunyi dari orang ramai. “U nak jumpa siapa ni?” soalku. “U duduk je diam – diam dalam kereta. I ada hal kejap.” Aku hanya menurut kata – kata Irfan. Keluar 2 orang lelaki berbadan agak sasa dari sebuah proton perdana. Mereka seperti membincangkan sesuatu dengan Irfan. Kadang kala mereka memandang aku yang duduk di dalam kereta. Irfan datang menghampiri ku, “U, ikut I kejap.” Aku turutkan kehendak kekasihku itu. “Ok bang, korang ambil dia, kira settle. Macam mana?” aku bingung dengan ayat Irfan itu. Salah seorang dari lelaki tadi memandang ku dari atas ke bawah. Pandangan itu membuat ku sedikit gerun. “Boleh tahan jugak ni. Tapi tak boleh kira settel habis la. Aku tolak 80%. Boleh?” aku mula takut. “ala bang, kira lump sum la... barang baik ni. Power. Baru 2-3 kali pakai je. Boleh buat duit ni”. Tiba – tiba tingkap belakang kereta perdana tadi terbuka sedikit. Kelihatan kelibat seorang lelaki di dalamnya. Salah seorang dari lelaki tadi menghampiri kereta perdana itu seperti membincangkan sesuatu dengan orang didalamnya. “Ok. Tauke mau. Tapi better worth it ok. Kalau tak kami ambil kau punya ******. Jangan main – main” aku terkejut dengan kata – kata lelaki itu. Aku dapat merasakan aku dalam bahaya. Belum sempat aku melarikan diri, Irfan telah menarik tanganku. “Kau, ikut mereka. Aku dah tak ada apa – apa lagi dengan kau. Faham!” aku menjerit meronta untuk melepaskan diri. Namun kuderatku tidak sekuat mana. Ya Allah, tolonglah aku ini....

“Hoi!!! Nak buat projek ke!? Orang tu taknak tak payah la paksa.” Sekumpulan lelaki datang menghampiri kami. “Abang! Tolong saya bang, mereka nak jual saya! Tolonglah saya bang!!” itu sahaja yang aku mampu jeritkan... aku seperti cam salah seorang lelaki dalam kumpulan itu. Lelaki di kedai makan tadi!


3 komen2 membinAAA:

Mrs Nurul said...

kenapa cheras weh? hahaha tempat aku tuhh

norZAiDi said...

lepas ni dia open bisnes kat kl plak. hadee tu bisnes mane2 je

Anonymous said...

uzlah : salam bro.. bila nak sambung cerita ni.. bg ending la... wawawa

 
Copyright© aKu pUnYE caKAp2