"Iman dah besar nak jadi apa?....". ayat itu akan sentiasa mengekori ku sepanjang aku hidup. “ Doktor. Nanti boleh man ubat mak kalau mak sakit. Boleh man balut lebam – lebam ni…” ibuku hanya mampu tersenyum setiap kali aku menjawab soalan itu. Aku amat merindui senyuman itu. Itulah pendorong aku mencapai cita – citaku ini. Lain pula dgn ayahku. Sering pulang lewat malam dalam keadaan mabuk, marah – marah. Biasanya ibu akan menjadi bahan sepak terajang dia. Itulah punca badan ibuku bercacah dgn lebam dan luka. Aku benci lelaki itu. Sangat membencinya hingga dialah orang pertama yang aku bunuh!. Ibuku hanya tergamam melihat gunting itu melekat di leher ayah. Aku tersenyum puas. “ man!!! Apa man buat ni!!!... Ya Allah….”. aku pelik memandang ibuku yang menangis teresak – esak sambil mencabut gunting jahitnya dari leher lelaki keparat itu. “ ayah jahat! Dia pukul mak. Mak nak bela dia lagi !?” dan kerana pembunuhan aku, ibu dipenjara, dan ke tali gantung….
24 tahun berlalu. Aku bukan Raziman yang dulu lagi. Aku, Doktor raziman. Pakar bedah. Semua orang kenal aku. Hidup ku tidak lagi seperti dulu. Hidupku sekarang hanya untuk adikku yang sedang mengaji di institusi pengajian tinggi di ibu kota. “Fara habes kelas pukul berapa? Nanti abang jemput, kita lunch sama – sama”. Fara, dialah tujuan utama aku perlu terus hidup kerana aku saja yang dia ada. “petang kot. Abang takde surgery ke hari ni?”. Aku menerangkan semuanya pada dia. Dan kami keluar pada Sebelah petang kerana dia sibuk dengan kelas. Kebiasaan kami orang kampung waktu petang melepak di warung –warung atau mana – mana kedai mamak. Disitu jugalah tempat aku dan fara meluangkan masa bersama. “abang nak beli paper kejap. Nak kirim tak?”. “mentos” sambil tersenyum.
“Bhai, Winston merah 14 satu.” Sambil – sambil aku membelek majalah di kedai itu. Tiba – tiba. Aku terlihat satu majalah yang meletakkan seorang peguam yang berjaya sebagai muka utamanya. “ Peguam berjaya, 23 tahun berkhidmat untuk kesejahteraan negara”. Aku kenal peguam ini. Tiba – tiba, kepala aku terasa pening, jantungku berdegup kencang. Dia yang mendakwa ibuku! Aku mengambil majalah itu. Aku meminta tuan kedai mengira semuanya dan ku letakkan not RM 20 lalu berkata “ambik terus!”. Dia agak terkejut dgn tindakan aku.
Malam 12 Mei 2006
“Kawasan ini cuma orang dalam je boleh masuk encik”. Aku mengangguk mengerti. Aku terus beredar dari situ. 2 hari sebelumnya. Aku ke firma guaman tempat peguam itu bekerja. Chan Tiat Boon. Itulah nama nya. Aku meminta alamat rumah dia dari setiausaha yang bekerja disitu. Sejak itu, aku mula merancang. Pertukaran masa pengawal, keluar masuk, titik buta kamera keselamatan. Kini aku akan melepaskan apa yang aku pendam selama ini.
Aku mengumpil kunci rumahnya. Aku sembunyi di balik pintu. Menunggu dengan pisau bedahku ditangan. “damn! Who broke my door…”. Kaki kanan melangkah. Terus ku hiris tendon kedua - dua kakinya. Lalu ku menekup mulutnya dengan clorofoam. Darahnya mengalir deras. Aku menutup lukanya dengan bandage. 1 jam… aku menunggu, lalu aku berikan die ammonium sulfate agar dia cepat sedar. “who are you… why are u doing this to me…??” aku tersenyum lalu aku menceritakan segalanya. Dia tergamam. Setiap kali dia menafikan apa yang aku beritahu, aku hiris kulitnya. Ku sapu garam. Die mengarang kesakitan. Aku merasa puas! “so u still deny all that I said!!?? Then go meet my mother on the other side. Tell her I said hi!!” aku belah dadanya. Tanpa bius aku robek jantungnya dengan tangan ku!
Aku senyum sendiri…
13 Mei 2006 _ akhbar Warkah Kota
“SEORANG PEGUAM MATI DALAM KEADAAN YANG MENGERIKAN..”
Aku senyum lagi…..
Thursday, October 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen2 membinAAA:
bile nk epi 2?
perghh i want more..lalala i enjoy reading it, but its kinda scary.u wrote like you have experience doing it.
Post a Comment