Search This Blog

Monday, October 13, 2008

diari seorang killer... - episod 3

15 Mei 2006 _ hospital


“Kami terpaksa membuat pembedahan ke atas mak awak. Ini kerana kecedaraan pada organ hati nya amat teruk. Kecederaan seperti itu selalunya datang dari hentakan atau gegaran yang amat kuat.” Budak perempuan itu terus terduduk menangis sambil memegang kepalanya. Seperti ada sesuatu di benak kepalanya sedang menghentam meminta keluar. “Ini semua salah keparat tu!! Jantan sial !!” aku tersentak dengan reaksi nya. Ku bawa dia kebilikku untuk ku ajak berbincang. “Jemput minum kopi nya Cik Dina.” Setelah keadaan kembali tenang, aku mula berbicara kecil dengannya. Semakin lama, aku mula menanyakan tentang lelaki itu. Pada mulanya dia agak keberatan unutk membuka mulut. Tapi dengan ilmu ku sebagai seorang doktor, aku berjaya mencungkil rahsia itu. “Mama panggil dia Andy.” Aku mendengar dengan penuh minat. “Dia selalu pukul mama. Ambil duit mama…” Setelah tamat cerita, aku hanya meminta dia bersabar sedangkan dalam hati aku seperti dibakar hancur…. . Selepas perempuan itu keluar, aku kembali ke meja ku untuk menulis laporan kesihatan, tiba – tiba aku terdengar satu jeritan nyaring, “Apa kau buat kat sini!!! Pergi jantan tak guna!!” cepat ku bingkas bangun untuk meelihat. “Mungkin itu Andy…” gumamku sendiri. “Encik, tolong tunggu di luar. Hanay ahli keluarga dibenarkan melawat pesakit” aku meminta dengan cara paling asas sebagai seorang doktor. Dia menjelingku sambil mengetap gigi. “Do you know who am I to her? Kalau tak tau jangan sebuk!!” begitu sekali aku dimarah! Dia fikir aku ni tukang cuci??

“Encik tolong ikut saya keluar.” Tiba – tiba seorang lelaki memakai baju berjaket kulit hitam datang sambil membuka dompetnya. Terlukis wajah gelabah di muka Andy. Beberapa ketika, lelaki berjaket itu kembali berjumpa denganku. “Ok doc, semua dah settle. Dia dah pergi. Saya Inspektor Johan” baru aku faham sekarang mengapa wajah Andy seperti nampak hantu tadi. “terima kasih…” aku ucap dengan senyuman…


“Siva, u dekat mana?” aku menelefon rakan sejawat ku. Maklumat tadi mesti aku kongsi denganya. Aku sampai diibu pejabat dan terus aku mencari Siva. Semua maklumat tadi aku beritahu dan kami duduk semeja dan memeriksa semua bukit dan maklumat yang diperolehi. “Ok, sekarang kita boleh menganggap dia seorang professional, tapi macam mana nak kaitkan dengan kes? Mangsa ada musuh ke?” soalan Siva itu berasas. “Mesti ada. Dia kan lawyer. Berapa banyak kes dia handle. Mesti ada yang tak puas hati” aku membuat kesimpulan asas.

Siva mengangguk sambil meelihat fail – fail klien mangsa. “Dari pengalaman saya berkerja sebagai doktor, cara potongan ini amat cantik. Seperti seorang doktor pakar bedah yang memotong…” kata – kata itu bermain – main di kotak kepalaku. Aku bingkas bangun lalu terus mengambil kunci kereta. “Eh Joe? Mana?” aku pantas berpaling,”library…”.


15 May 2006 _ Andy


“Aku geram betul la dengan anak Linda tu. Kacau plan aku je!”. Kawan – kawan ku kelihatan bingung dengan komen ku tadi. Aku ceritakan kepada mereka tentang kejadian siang tadi di hospital. “Nasib ada polis, Kalau tak, aku pang sekali sekat situ jugak!” hati ku berkocak panas mengingatkan kejadian pagi tadi. Aku memang terkejut dengan kedatangan polis itu. Dah buat report polis ke? Aku perlu mengambil tindakan pantas. Perkara ini tidak boleh aku lepaskan seperti itu saja. Linda dan anaknya mesti rasa! Baru mereka kenal siapa aku, Andy! “Baby…jangan la marah – marah. Malam ni u balik rumah I. i layan u macam selalu ok.” Wana, budak kampung yang aku bawa ke kota ini. Nasib ada kau, Kalau tak, mati kering aku layan tua tak sedar diri tu…



“Abang, hari ni fara nak keluar dgn kawan. Mungkin balik lambat.” Sejak adik ku mendapat kereta, jarang kulihat dia di rumah. Keluar sahaja. Sekali - sekali itu tidak mengapa. Mungkin ke kelas atau ke perpustakaan. Tapi aku pun tidak tahu ke mana dia pergi. “Dengan siapa? Pergi mana? Berapa lambat nak balik hari ni?” soalku dengan tegas seperti dia tak akan kembali. Fara tergamam seketika. Tidak pernah aku menyoalnya sebegitu tegas. “Err… fara keluar dengan aliz, classmate fara.” Aku meragui jawapannya. Mengapa dia harus tergagap – gagap jika dia jujur. Aku terus duduk dan meminta dia duduk bersama. “Abang mintak adik jujur dengan abang. Adik dah besar and dah boleh fikir sendiri baik buruk. Abang tanye ni jawab betul – betul. Fara nak keluar dengan siapa?”. Suasana sepi seketika sambil aku menanti jawapan. “Aliz dengan….emm… Firdaus.” Aku tersenyum. Adikku kini sudah besar dan matang. Aku tidak perlu mengongkong hidupnya. “Ok, balik sebelum 11 malam. Lebih, abang ambil kunci kereta sebulan. Deal?” Fara tersenyum gembira. Dengan cepat dia mencapai kunci keretanya. “Abang! Thanks!”. Aku hanya mengangkat tangan sambil tersenyum. Aku terus kembali ke meja belajar ku untuk menyambung kerja dari hospital


18 May 2006 _ hospital


Jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi. Sebentar lagi Puan Linda akan menjalani pembadahan hatinya. Pembedahan ini hanya akan mengambil masa dalam 45 minit hingga sejam. “Cik Dina boleh tunggu di luar. Benda ni sekejap sahaja” sambil aku memberitahu keadaan yang akan berlaku, aku melihat matanya disebalik cermin mata hitam besar itu. Lebam. Aku biarkan Cik Dina keseorangan tanpa soalan. Selesai pembedahan, aku terus keluar membersihkan diriku lalu aku terus mencari perempuan tadi. “Semuanya okay. Tiada sebarang komplikasi berlaku. Sekarang kita hanya tunggu luka pembedahan itu sembuh sahaja.” Cik Dina hanya tersenyum kecil. Tanpa dijemput aku duduk disebelahnya. Aku menanyakan tentang lebam pada matanya. “Andy… dia ingat kami report polis. So this is a warning sign he said semalam”. Tiba – tiba aku teringat kejadian ayahku menumbuk ibu. “Betina sial!! Aku bagi kau rumah, makan, minum, apa lagi kau nak!? Suka aku la nak balik ke tak!” Satu tumbukan hinggap di mata kanan ibu. Ibu tersungkur ke belakang. Ayah terus menerkam ibu dan menumbuk bertubi – tubi. Aku hanya menangis ketakutan sambil memeluk fara yang masih kecil dan tidak tahu apa – apa. “doktor?? Awak ok ke?” aku terkejut dengan sapaan itu. Aku mengangguk lalu pergi. Tempat tujuan, bilik farmasi.


20 May 2006 _ parking lot


Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Inilah tempatnya aku pasti. Semalam aku ternampak Andy datang ke hospital bertemu Puan Linda tapi tidak dibenarkan oleh bodyguard yang diupah oleh Cik Dina. Semasa Andy meninggalkan hospital, aku mengekorinya sehingga ke parking lot ini. “Ok… aku jumpa kau di kelab macam biasa.” Aku pandang ke luar kereta. Memang tuhan menyebelahi aku malam ini. Aku terus mencapai beg ubat di kerusi belakang. Aku keluarkan picagari serta anesthetic yang ku ambil dari farmasi semalam. Full dose. Itu lah yang akan aku berikan pada dia. Dengan ini, seekor kuda pun boleh tumbang, lagikan Andy.

“Hai Encik Andy, kenal saya?”. Aku bertegur sapa dengannya dahulu. Membuatkan dia berasa tenang. “Oh… awak ni la doktor yang sebuk hal orang hari tu kan? Apa awak nak?” aku mengangguk tanda setuju. “Saya sahaja datang sini nak jumpa kamu. Nak bagi barang.” Dia kelihatan bingung, “Barang? Barang apa? Saya tidak tinggalkan apa- apa di hospital.” Aku senyum lagi. Aku sisipkan picagari tadi perlahan – lahan dari lengan baju ku. “Ada. Ni ha barangnya!!!!” cepat aku mencucuk leher Andy dan aku tekan hingga ke hujung picagari itu. Ubat tadi dengan laju masuk kedalam badan Andy. Dia hanya terdiam kaku, terkejut dan pengsan.


“aku dekat mana ni? Mana baju dengan seluar aku” suara itu perlahan – lahan aku dengar dari luar. “Welcome Encik Andy! Hahaha” aku gelak besar. Dia hanya menjerit meminta tolong seperti anjing menyalak meminta makan. “Kuat lagi!!! Lagi!!! Hahah!! Tiada seorang pun akan dengar. Kita jauh dari kota.” Dia menangis ketakutan. Menangis sehingga terkencing. Aku terus menyediakan alatan bedahku. Saat ini lah aku merasa sangat gembira. “KAU GILA DOKTOR! KAU GILA!!!” jerit Andy. Aku memekakkan telinga ku. Pertama sekali aku mengambil pisau scalpel dan sepeket garam. Aku hiris – hiris badan Andy. “kenapa kau pukul orang perepuan.. kau tak malu ke… mak bapak kau tak ajar ke… kau tak pergi sekolah ek?” samabil – sambil itu, aku sapu garam pada luka – lukanya. Jeritan Andy itu menjadi muzik bagiku. Aku seperti seorang konduktor muzik yang sedang meminpin ahli orkestra. Aku mengeluarkan kotak rokok ku. “rokok? Nak sebatang?” Andy yang sedang menagis menggigil mengangguk kepala. Aku bakarkan dia sebatang. Sambil kami menyedut asap rokok aku bertanya lagi, “kenapa kau buli perempuan?.” Andy hanya menjeling aku “suka hati aku lah. Apa kau sebok? Bukan aku kacau mak kau!” berani sungguh anjing ini. Aku renjiskan lagi garam ke lukanya. Dia menjerit lagi. Rokok dimulutnya juga jatuh. “andy…andy…andy… salah jawapan kau tu.” Aku cucuh rokok ku itu pada lukanya. Dia menjerit sehingga kehabisan suara. “Puas dah? Boleh jerit lagi tak? Tak boleh? Ala kesiannya..” Aku berikan Andy bius dari paket ivy yang aku gantung di tepi kerusi. “ok sekarang kita tengok apa ada bawah kulit ni. Orang ke, setan!” aku mula menyiat kulit Andy dari dada ke atas. Dia hanya melihat sambil menangis. Dia tidak lagi menjerit kerana dia tidak dapat merasa sakit itu. Aku terus menyiat seperti orang gila. Memang aku gila. Aku benci orang macam Andy, ayah ku…

Kini andy hanya bogel. Bukan bogel tidak berbaju. Tapi tidak berkulit! Aku matikan ivy bius itu. “boleh cakap?” dia hanya diam, nyawa – nyawa ikan. Aku pergi keluar sebentar. Mengambil sebaldi garam. “Andy, ada orang kata, garam boleh mensuci kan dosa kita. Aku kesian dengan kau.. banyak dosa. Mari aku suci kan kau ok.” Aku tuangkan garam itu dari kepala. Jasad tak berkulit itu menggelupur kesakitan. Tiada lagi suara jeritan. Hanya suara seperti satu bisikan. “Aik? Tak mati lagi? Liat nya nak mampus…” aku senyum pada Andy. Dia kelihatan hampir mati. Tapi seperti tuhan mahu dia hidup lebih lama. “Ok Andy, selamat jalan..” Aku belah dadanya, aku potong rusuknya lalu ku cabut jantungnya. Seperti ku lakukan pada peguam itu. Ini lah organ kesukaanku jantung. Aku kemas segala barangku. Aku biarkan mayat Andy disitu. Aku terus pulang.


22 may 2006 _ tempat kejadian


“Ya Allah.. apalah salah orang ni sampai macam ni sekali…” mayat busuk itu mati dalam keadaan menyayat hati. Aku tertanya sendiri mengapa. “ Jo, same thing but new story” mataku terbeliak. Pembunuh yang sama!? Tap kali ini lebih kejam! Aku perlu tangkas! Jika tidak, mungkin orang lain akan dibunuh lebih kejam lagi!

6 komen2 membinAAA:

momOo said...

Tepat tujuan, bilik farmasi.

typo yer?
hihi..

duniAneka said...

assalamualaikum salam dunia salam kenal ni cerita realiti tuan tanah ker.........

norZAiDi said...

terpulang pada tuan pembaca. interpatasi masing2. tapi tak mustahil benda ni boleh jadi. ade psiko di luar sana. so, hidup kene hati - hati. thnx for mengikut cerita saya

_neo_ said...

by the way, mane ko tau info pasal scalpel la pe jadah tu..ko study ke??hahahahah best la, nak lagi..ala...jgnla pembunuh tu terkantoi ngan polis..nanti tak best..lalalala~~

momOo said...

eh eh..
cmbest je idea killer tu nnti x kantoi ng polis..
awk jgn bg killer tu kantoi tau..
hahaha
;p

tOMokO said...

erm...
ak suke cite ni...
bole tahan la...
teruskan la usaha ko...
smg bejaye...
tp make sure ea ending cite ni mst best...
huhuhuhu..
(^_^)

 
Copyright© aKu pUnYE caKAp2