Search This Blog

Tuesday, October 14, 2008

diari seorang killer... - episod 4

“Abang, malam tadi pergi mana? Fara balik abang takde?” Aku yang baru bangun dari tidur kepenatan hanya membiarkan dia bertanya sorang. Aku terus ke dapur. Sedap bau ini. Bau nasi gorang. “Fara masak ke beli?.” Tegurku sambil mengejek. Fara hanya menunding jari pada kuali di dalam sinki. Aku terseyum sambil mengangguk faham. “Bagusnya adik abang masak. Meh sini abang cium sikit”. Fara membeliakkan matanya dan mengundur perlahan – lahan. “Aaa... Jangan rapat la!!! Busuk! Pegi gosok gigi then mandi. Eee...” Aku hanya tergelak besar. Jahat aku ini. Pagi – pagi sudah menyakat orang. Aku terus naik ke bilik bersiap untuk mandi. “Ok jom makan!!” jeritku seperti anak kecil. Fara hanya melihat aku mengambil nasi goreng masakannya ke dalam pinggan ku. Aku menyuap sesudu nasi, “Mak aih!!! Pedas gila!! Pahit!!! Masin!!!” getus hatiku sendirian. “Sedap tak bang? Ni first try Fara. Aliz ajar.” Aku hanya mampu tersenyum kelat. Ini kalau bukan cikgu masak tu sangkut, mesti adik ku yang sangkut. Hendak saja ku keluarkan nasi dalam mulutku ini. Tapi ku gagahkan juga. “Sedap! Best… baru masak dah sedap. Ni lah nasi goreng tiga rasa paling sedap abang pernah makan.” Aku harap dia faham sindiranku. “Wah! Betul ke? Kalau macam tu esok Fara masak lagi.” Aku mengangkat kepala. Hendak tersembur nasi dalam mulutku ini. Tak faham rupanya. Mampus aku…


Hari ini aku cuti. Aku malas hendak ke hospital. Fara juga tiada kelas hari ini. Dia mengajak aku menemankannya ke rumah kawannya. Ada kematian katanya. “Rumah siapa? Kawan yang mana?” aku bertanya penuh minat. “Alah kawan hari tu. Budak lelaki tu.” Aku berfikir sebentar. Satu nama sahaja yang naik, “Firdaus?” Adikku mengangguk sekali tanda betul.



23 May 2006 _ Ibu pejabat polis negara


“Selamat sejahtera semua. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang kes terbaru yang menggemparkan negara kita baru – baru ini” Aku mendengar dengan penuh mengerti apa yang dikatakan tadi. Pada mesyuarat kali ini aku telah diminta untuk memberi briefing tentang kes ini. Siva akan membantu aku. “Seperti yang anda semua sedia maklum. Pembunuhan terbaru ini berlaku seminggu selepas seorang peguam bela telah mati dibunuh. Motif pembunuhan masih tidak diketahui. Pada mulanya kami menganggap ini adalah satu pembunuhan balas dendam. Tapi selepas melihat pada kes 20 May lepas. Kami mendapati cara modus operandinya adalah sama. Mangsa yang bernama Mohd Haswandi didapati tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mangsa sebelum ini. Gambar tempat dan mangsa dapat dilihat pada gambar autopsi di belakang saya” Siva mula mengeluarkan gambar di skrin putih dari projektor. Dapat kedengaran suara – suara membisik – bisik seperti terkejut dengan gambar – gambar yang telah diambil.


Aku meneruskan hujah – hujah ku terhadap bahan – bahan bukti yang telah diambil dari kedua – dua tempat kejadian. “adakah kita mempunyai suspek utama inspektor?” aku terus menjawab, “Tiada.” Hampir seluruh sidang bilik mesyuarat menundukkan kepala. Hampa. Itulah anggapanku. “Tapi kami dapat membuat kesimpulan disini bahawa suspek mempunyai pengetahuan tentang surgery atau pembedahan. Ini kerana cara setiap pemotongan pada sangkar rusuk dan kulit dada sama seperti dalam mana – mana laporan, jurnal dan buku pembedahan. Mungkin juga pembunuh ini seorang psiko, bekas medical student…” belum sempat aku hendak meneruskan telahan, aku disampuk, “Atau mungkin juga seorang doktor?” Aku hanya mengangguk setuju. Memang itu kesimpulan terakhir yang simpan didalam kepala ku.


Setelah tamat mesyuarat, kami semua dijemput untuk menghadiri majlis makan di kafeteria. Semasa aku dan Siva sedang minum sambil berbual kecil, aku disapa seorang wanita. “Assalamualaikum, boleh saya join?” aku dan Siva termangu seketika. Siapa perempuan ini. “Eh! Sila – sila. Jemput duduk.” Siva mempelawa. Aku masih termangu sendiri sambil hatiku berbisik, “Siapa dia ni? Macam pernah nampak… tapi boleh tahan cantik juga…” hatiku tersenyum. “Jo kenal saya? Ingat lagi tak?” Ah sudah! Siapa dia ni? Aku cuba mengingat tapi tidak berjaya. Lantas aku hanya menggeleng dalam senyuman. “saya lah, Ain, ingat? Masa di akademi dulu saya jahitkan ketiak baju awak dulu” Aduh! Bila pulak ni? Aku masih tidak ingat. Siva hanya tergelak besar. Hampir suku dewan makan melihat kami. Malunya aku saat itu, tuhan sahaja yang tahu. Tiba – tiba aku teringat. “Ya Allah!! Ain! Ingat – ingat. Maaf la lama tak jumpa. Lupa dah. Dah tua.” Kami semua tergelak kecil



Maktab polis _ 12 tahun lepas


“Skuad! Dari kanan! Cepat! Jalan!” kami mula berkawat di tengah panas terik. Ini sudah menjadi kebiasaan bagiku. Aku memang bercita – cita menjadi polis sejak dari sekolah menengah lagi. Minat ini ku pupuk setelah aku menyertai kadet polis. “Skuad! Henti!” pada hari ini kami akan menjalani latihan pemeriksaan pakaian dan latihan memberi arahan sebagai ketua komanden. “Nurul Ain! Sila kehadapan untuk mengambil alih tugas!”. “Baik tuan!” Hampir aku tergelak mendengar suara itu. Serak. Macam penyanyi rock. Tapi harus ku tahan gelak ini. Kalau tidak, nahas aku. “hek eleh… kecik je budak ni...” hatiku mengejek. Dia memberi arahan supaya berjalan. Kemudian berhenti. Dia mengarahkan kami supaya membuka baris. Dia bergerak menghampiri kami dan mula memeriksa kami secara rambang. Tiba – tiba dia menghampiri aku. Aku mengangkat tabik serentak dengannya. Kemudian dia tergelak kecil. Aku hairan. “Kamu, keluar baris!” aku tanpa sebarang seoal terus keluar baris dan menunggu arahan seterusnya. “berdiri dihadapan dan beri tabik hormat kepada kawan – kawan kamu” aku terus melaksanakan arahan nya. Tidak sampai 5 saat aku memberi tabik hormat. Seluruh platun gelak besar hingga rosak barisan. Ketua komandan kami yang betul juga aku lihat tergelak kecil. Aku menjadi hairan. Seorang kawan aku datang kepada ku dan berbisik, “bang, panjang bulu ketiak. Bila nak tebas?” aku terlopong! Aku memegang ketiak baju ku di sebelah kanan. Ya Allah! Malunya aku…. Itu lah saat yang paling hitam dalam hidupku dan aku merasa sangat marah kepada Nurul Ain pada ketika itu kerana mempermainkan aku.


“Hai, marah lagi ke?” aku menoleh. La... dia lagi. Menyampah pula aku melihat mukanya. “Ala, maaf la. Saya saja nak main – main.” Kalau lah aku boleh cabut kasut but aku ini, hendak sahaja aku sepuk mukanya yang tembam itu. “takpa saya tahu awak nak main – main” dia terus duduk disebelah ku. “lepas ni, awak pass baju tu pada saya. Saya jahitkan okay?” baik pulak budak ni. Aku hanya mengangguk perlahan. Aku terpaksa akur kerana tiada seorang pun di dalam dorm ku yang pandai menjahit. “Ye lah. Nanti saya bagi.” Kami tersenyum



23 May 2006 _ perjalanan ke rumah firdaus


“Lama dah adik kenal Firdaus tu?” aku bertanya sekadar mengisi ruang kosong dalam perjalanan. Fara sedang memandu kerana kami bertolak ke rumah frdaus dengan menaiki keretanya. “Boleh tahan la. sejak Fara masuk kolej tu lagi”. Aku mula berminat mendengar. Aku mula bertanya pelbagai soalan kepada fara. Kadang kala ada berjawab, kadang kala tidak. Adat orang muda bercinta. Tak semua boleh di kongsi walau dengan keluarga sendiri. Hampir dua jam setengah memandu, akhirnya kami sampai di rumah Firdaus. Ramai orang di situ dan semuanya kaum kerabat dan sahabat handai arwah. Aku menjadi canggung di situ. Tidak tahu ke mana hala tuju, aku meminta adik ku membawa aku berjumpa dengan firdaus. “Takziah dik, sabar ya”. Hanya itu sahaja yang mampu aku ucapkan kepada dia kerana inilah kali pertama aku berbual dengan rakan adikku. Aku dijemput naik ke atas. Jenazah sudah tiada. Mungkin sudah dikebumikan barang kali. Aku pun malas hendak bertanya. Aku pergi mengambil wudhuk dan kemudian menarik sekeping Yasin di atas meja. Aku mula membaca. Ketika aku sedang melafazkan ayat dalam surah Yasin, aku ternampak Fara di dapur menangis. Aku hanya membiarkan sahaja dia melepaskan kesedihannya.


Kebetulan aku tamat membaca ayat terakhir surah Yasin, telefonku berbunyi. “Hello doktor, Doktor Hok ni. Boleh kembali ke hospital dengan segera? Saya perlukan bantuan anda”. Aku terus menjawab ya kerana itu sudah tugasku dan ketika ini aku pun tiada perkara yang lebih penting. “Fara, abang kena balik hospital. On call. Fara nak tinggal ke atau nak ikut?” Dia berbincang dengan rakannya, Aliz, yang kebetulan ada disebelahnya. Namun sebelum sempat adikku menjawab, “tak apa bang, nanti saya hantar Fara balik Kalau abang izinkan.” kami bertiga menoleh sama sendiri. Aku senyum kecil, “Jangan melencong okay.” Itu sahaja pesanku pada Firdaus. Aku meminta Fara kunci keretanya. Ketika aku hendak menyarung selipar ku, mataku tertumpu pada satu bingkai gambar. Seperti aku pernah lihat lelaki dalam gambar itu. Seperti… Andy! Tapi aku hanya menyimpan raguku ini sediri. Lagipun dalam rumah itu penuh dengan orang yang datag melawat. Mungkin juga aku salah lihat. Aku terus menghidupkan enjin kereta dan bergegas pulang.



23 May 2006 _ hospital


“Doktor Raziman, saya perkenalkan pesakit baru anda, Umairah” aku bersalaman dengan gadis berkaca mata hitam petak itu. Aku terkejut dengan tindakbalas nya. Diam tidak bergerak. “Owh saya lupa. She’s blind” aku mengangguk faham. Dia menganggkat tangan. Aku sambut tangan itu dan kami bersalaman. Kemudian aku berbincang dengan Doktor Hok tentang masalah Umairah. Dia mengalami penyakit jantung berlubang. Tiba – tiba Doktor Hok memberikan aku sekeping sampul surat. “Ini list nama intern awak. Tahun ni mungkin dalam lima atau enam orang pelajar medical akan berada di bawah bimbingan awak”. Aku hanya menggosok kepala. Pening aku. Sibuk lah aku selepas ini. Aku membawa Umairah ke pejabatku untuk berbincang dengan lebih lanjut. Agak lama kai berbual. Kadang kala lari dari tajuk asal namun ku layan juga. Dia kelihatan riang bercerita. “Doktor, boleh saya sentuh muka doktor?” aku terkejut dengan pertanyaan itu. Aku menjawab tanda setuju. Perlahan – lahan dia mencapai tangannya ke mukaku. Aku lihat dia tersenym kecil setelah menyentuh wajahku.


Pintu bilik diketuk, aku menjemput orang itu masuk, “Eh! Insektor. Buat apa disini?” aku bertanya dengan mesra. Dia juga kelihatan terkejut melihat aku. “Tak sangka doktor akan merawat anak saudara saya ini. Maaf saya datang lambat. Ada mesyuarat tadi”. Aku mengangguk faham. Kami berbincang tentang penyakit umairah dan juga langkah mencegah serangan berlaku. Tamat perbincangan mereka berdua pun bersiap untuk pulang. “Terima kasih Doktor Iman”. Aku tergamam dengan panggilan itu. Sepanjang aku hidup, seorang sahaja yang memanggil aku dengan nama itu…..


Ibu…..

5 komen2 membinAAA:

raDunk ChuMiL said...

ok la nie beb..
seRoNok aku Baca..
darIpada baCaan aKU..
da laYAk MAsuK papEr miNgGuan da nie..
hehe..
naMpak saNgat Ko xde keje kaN?
tRy r anta paPEr..
Kot2 ada pEluaNG ker..
huhu

momOo said...

x sempat anta comment 1st!
;p
ep4 ni macam boring sikit la..
bile nk anta kt paper.?
;p

_neo_ said...

JGN LA ANTA KAT PAPER, AKU NAK BACE SORANG2.AKU KEDEKOT.NEWAY, BILE SI PEMBUNUH AKAN MENJALANKAN PEMBUNUHAN LAGI?UMAIRAH TAU TAK YANG DR.RAZIMAN TU JAHAT?ORANG BUTA KAN TERANG HATI.

momOo said...

bile nk smbung ni? ;p

zureen said...

best2...
(kire kumen yang membina laa ni kan?)

 
Copyright© aKu pUnYE caKAp2