“Selama saya bertugas dalam bidang ni, tak pernah saya jumpa kes sekejam ini…” keluh Inspektor Johan sambil menekup mulut nya dengan sapu tangan. Agak terkejut dia dengan apa yang dilihatnya sekarang. Semua ini badan mangsa terburai keluar. “it looks like a fast death kan Joe?” soal Inspektor Sivanesvaran, rakan setugas Inspektor Johan. Dia hanya diam menggeleng. Sedang ahli – ahli forensik sedang menjalankan tugas mengutip bukit, mata Inspektor Johan tertumpu pada satu benda yang kelihatan agak berkilau di satu sudut rumah itu. “Siva, u fikir di mana biasa kita nampak pisau macam ni?”. Hanya satu jawapan yang keluar, “hospital”. Inspektor Johan mengangguk kepala tanda setuju lalu membungkus pisau scalpel itu dalam beg bahan bukit. “Inspectors, I think we’re done here”. Semua anggota forensik dan polis meninggalkan tempat kejadian itu.
14 Mei 2006 _ Doktor Raziman
“Fara, ada kelas tak hari mi?” Dia hanya menggeleng sambil memegang majalah. Aku terus ke dapur. Aku terlihat baju dan seluar ku yang berdarah dari malam tadi, cepat – cepat ku rendam agar tak kelihatan adikku. “Jom keluar. Abang ada surprise nak bagi Fara”. Adikku bingkas bangun seperti anak kecil mendapat mainan. “Surprise? Ape dia? Kejap – kejap, adik pergi siap ye. Jangan coba – coba mau lari tau!” aku hanya tergelak kecil dengan telatah dia. Aku memandu dengan tenang sambil berbual – bual kecil dengan Fara. Ada sesekali dia cuba memujukku untuk memberitahu apakah kejutan yang aku cuba lakukan. Aku hanya menjelirkan lidahku mengejek. “ Ok dah sampai. Tunggu dekat meja tu.” Tanpa banyak soal, dia menurut. Aku masuk ke dalam pejabat sebuah kedai kereta. Aku bertanya kepada kerani disitu dimana tuan kedai. Tiba – tiba bahu ku disapa. “Assalamualaikum doktor, apa cerita? Sehat?”. aku senyum dan menjawab soalan itu. Aku berbual – bual dengan tuan kedai itu yang aku kenal semasa aku merawat anaknya dahulu. “So, macam mana? Jadi?”. “Jadi. Dah sampai ke?”. Tuan kedai itu senyum. Ah! Adalah tu, bagus. Dia memang seorang yang menepati janji. Kami keluar dari pejabat. Aku melambai adikku memanggilnya. “Jom. Ikut abang.” Kami berdua hanya mengikut tuan kedai ke kawasan kereta yang siap sedia untuk diambil. “Baik doktor, ini kunci kereta. Road tax semua ada dalam sampul surat ni.” Kira settle lah semua ni pada pendapat aku. “Fara, nah. kereta ni adik punya.” dia tergamam. Air matanya mengalir laju melalui pipinya yang halus itu. Aku gelabah “La…. Dapat kereta pun nangis ke? Belum dapat lori lagi, kapal terbang” aku menerima satu das cubitan tajam di lengan. Tuan kedai itu hanya ketawa. “Thanks. Sayang abang…” sambil aku menyeka air matanya. “Cet! Dapat kereta baru nak sayang. Kalau tak? Hampes tak dapat dengar adik cakap macam tu”. Sedas lagi cubitan aku terima. Kali ini lebih bisa.
15 Mei 2007 _ bilik autopsi
“Setelah bedah siasat dijalankan, mangsa kehilangan jantung. Luka – luka pada kulit mangsa disapu dengan garam dan cara potongan pada kilit dan organ mangsa bersih.” Aku mendengar dengan penuh minat dengan apa yang diperkatakan oleh doktor yang menjalankan bedah siasat. “Saya berpendapat, pembunuhan ini dilakukan oleh seorang pro.” Aku mengangkat kepala memandang doktor itu. “Maksud doktor?.” “Dari pengalaman saya berkerja sebagai doktor, cara potongan ini amat cantik. Seperti seorang doktor pakar bedah yang memotong. Selalunya pembunuh biasa hanya membuat potongan seperti melintang atau potongan secara perlahan – lahan. Tapi potongan kulit dada mangsa ini hanya satu potongan ke bawah dan tiada sangkut. Seperti dipotong dengan scalpel” aku terkejut dengan hipotesis doktor itu. Lalu aku menceritakan siasatan ku kepada doktor itu.
“Tapi mengapa garam....?.” tanyaku. “Oh, itu salah satu cara penyeksaan zaman dahulu. Biasa digunakan dalam soal siasat untuk memaksa pesalah mengaku kesalahan mereka.” Sekali lagi aku terkejut dengan jawapan itu. Aku mengucapkan terima kasih lalu terus keluar untuk bertemu Siva. Telefon bimbitku berbunyi. “Umairah…. Hello? Ye dik? Kenapa?” anak saudaraku. “Jo kat mana? Mak cik ni. Mai ada di HKL ni. Tadi mai jatuh tangga. Datang cepat ya” aku terpaksa bergegas ke hospital sekarang. Perkara dengan Siva itu boleh nanti.
“Dia ok. Luka sikit saja.” Aku menarik nafas lega. Umairah, anak saudara ku yang ku bela sedari kecil hingga kini sudah menjadi anak dara. Kemalangan yang meragut nyawa abangku dan isterinya membuatkan aku kini bertanggungjawab pada dia. Kemalangan itu juga lah yang menyebabkan mata nya buta. Aku membesarkan umairah seperti anakku sendiri walaupun aku belum berkahwin. “ Maaf ayah Jo, Maira yang salah. Turun tangga tak pegang tepi tangga…” terdengar nada keluhan itu membuatkan aku risau seketika. “Tu lah ayah suruh pindah bawah tak nak. Lepas ni ayah pindahkan bilik mairah ke bawah.” Aku bernada tegas. “Ala, jgn la. Nanti mairah kurang bergerak. Nak kena kira langkah lagi. Susah nanti. Takpe lain kali mairah jalan pelan – pelan ok.” Betul juga cakapnya itu. Lama juga dia hendak biasakan dirinya dengan pergerakan dalam rumahku. “ok…ok, kak, tolong tengokkan dia ya. Nanti malam saya ambil. Ada hal nak selesaikan.” Pintaku pada kak zana, pembantu yang ku upah untuk menjaga umairah. Dia mengangguk tanda faham.
Aku perlu kembali kepada kes ini. Ini kerja seorang psycho. Orang seperti ini tidak boleh ku biarkan berleluasa…
Saturday, October 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen2 membinAAA:
Post a Comment