Search This Blog

Tuesday, October 14, 2008

diari seorang killer... - episod 4

“Abang, malam tadi pergi mana? Fara balik abang takde?” Aku yang baru bangun dari tidur kepenatan hanya membiarkan dia bertanya sorang. Aku terus ke dapur. Sedap bau ini. Bau nasi gorang. “Fara masak ke beli?.” Tegurku sambil mengejek. Fara hanya menunding jari pada kuali di dalam sinki. Aku terseyum sambil mengangguk faham. “Bagusnya adik abang masak. Meh sini abang cium sikit”. Fara membeliakkan matanya dan mengundur perlahan – lahan. “Aaa... Jangan rapat la!!! Busuk! Pegi gosok gigi then mandi. Eee...” Aku hanya tergelak besar. Jahat aku ini. Pagi – pagi sudah menyakat orang. Aku terus naik ke bilik bersiap untuk mandi. “Ok jom makan!!” jeritku seperti anak kecil. Fara hanya melihat aku mengambil nasi goreng masakannya ke dalam pinggan ku. Aku menyuap sesudu nasi, “Mak aih!!! Pedas gila!! Pahit!!! Masin!!!” getus hatiku sendirian. “Sedap tak bang? Ni first try Fara. Aliz ajar.” Aku hanya mampu tersenyum kelat. Ini kalau bukan cikgu masak tu sangkut, mesti adik ku yang sangkut. Hendak saja ku keluarkan nasi dalam mulutku ini. Tapi ku gagahkan juga. “Sedap! Best… baru masak dah sedap. Ni lah nasi goreng tiga rasa paling sedap abang pernah makan.” Aku harap dia faham sindiranku. “Wah! Betul ke? Kalau macam tu esok Fara masak lagi.” Aku mengangkat kepala. Hendak tersembur nasi dalam mulutku ini. Tak faham rupanya. Mampus aku…


Hari ini aku cuti. Aku malas hendak ke hospital. Fara juga tiada kelas hari ini. Dia mengajak aku menemankannya ke rumah kawannya. Ada kematian katanya. “Rumah siapa? Kawan yang mana?” aku bertanya penuh minat. “Alah kawan hari tu. Budak lelaki tu.” Aku berfikir sebentar. Satu nama sahaja yang naik, “Firdaus?” Adikku mengangguk sekali tanda betul.



23 May 2006 _ Ibu pejabat polis negara


“Selamat sejahtera semua. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang kes terbaru yang menggemparkan negara kita baru – baru ini” Aku mendengar dengan penuh mengerti apa yang dikatakan tadi. Pada mesyuarat kali ini aku telah diminta untuk memberi briefing tentang kes ini. Siva akan membantu aku. “Seperti yang anda semua sedia maklum. Pembunuhan terbaru ini berlaku seminggu selepas seorang peguam bela telah mati dibunuh. Motif pembunuhan masih tidak diketahui. Pada mulanya kami menganggap ini adalah satu pembunuhan balas dendam. Tapi selepas melihat pada kes 20 May lepas. Kami mendapati cara modus operandinya adalah sama. Mangsa yang bernama Mohd Haswandi didapati tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mangsa sebelum ini. Gambar tempat dan mangsa dapat dilihat pada gambar autopsi di belakang saya” Siva mula mengeluarkan gambar di skrin putih dari projektor. Dapat kedengaran suara – suara membisik – bisik seperti terkejut dengan gambar – gambar yang telah diambil.


Aku meneruskan hujah – hujah ku terhadap bahan – bahan bukti yang telah diambil dari kedua – dua tempat kejadian. “adakah kita mempunyai suspek utama inspektor?” aku terus menjawab, “Tiada.” Hampir seluruh sidang bilik mesyuarat menundukkan kepala. Hampa. Itulah anggapanku. “Tapi kami dapat membuat kesimpulan disini bahawa suspek mempunyai pengetahuan tentang surgery atau pembedahan. Ini kerana cara setiap pemotongan pada sangkar rusuk dan kulit dada sama seperti dalam mana – mana laporan, jurnal dan buku pembedahan. Mungkin juga pembunuh ini seorang psiko, bekas medical student…” belum sempat aku hendak meneruskan telahan, aku disampuk, “Atau mungkin juga seorang doktor?” Aku hanya mengangguk setuju. Memang itu kesimpulan terakhir yang simpan didalam kepala ku.


Setelah tamat mesyuarat, kami semua dijemput untuk menghadiri majlis makan di kafeteria. Semasa aku dan Siva sedang minum sambil berbual kecil, aku disapa seorang wanita. “Assalamualaikum, boleh saya join?” aku dan Siva termangu seketika. Siapa perempuan ini. “Eh! Sila – sila. Jemput duduk.” Siva mempelawa. Aku masih termangu sendiri sambil hatiku berbisik, “Siapa dia ni? Macam pernah nampak… tapi boleh tahan cantik juga…” hatiku tersenyum. “Jo kenal saya? Ingat lagi tak?” Ah sudah! Siapa dia ni? Aku cuba mengingat tapi tidak berjaya. Lantas aku hanya menggeleng dalam senyuman. “saya lah, Ain, ingat? Masa di akademi dulu saya jahitkan ketiak baju awak dulu” Aduh! Bila pulak ni? Aku masih tidak ingat. Siva hanya tergelak besar. Hampir suku dewan makan melihat kami. Malunya aku saat itu, tuhan sahaja yang tahu. Tiba – tiba aku teringat. “Ya Allah!! Ain! Ingat – ingat. Maaf la lama tak jumpa. Lupa dah. Dah tua.” Kami semua tergelak kecil



Maktab polis _ 12 tahun lepas


“Skuad! Dari kanan! Cepat! Jalan!” kami mula berkawat di tengah panas terik. Ini sudah menjadi kebiasaan bagiku. Aku memang bercita – cita menjadi polis sejak dari sekolah menengah lagi. Minat ini ku pupuk setelah aku menyertai kadet polis. “Skuad! Henti!” pada hari ini kami akan menjalani latihan pemeriksaan pakaian dan latihan memberi arahan sebagai ketua komanden. “Nurul Ain! Sila kehadapan untuk mengambil alih tugas!”. “Baik tuan!” Hampir aku tergelak mendengar suara itu. Serak. Macam penyanyi rock. Tapi harus ku tahan gelak ini. Kalau tidak, nahas aku. “hek eleh… kecik je budak ni...” hatiku mengejek. Dia memberi arahan supaya berjalan. Kemudian berhenti. Dia mengarahkan kami supaya membuka baris. Dia bergerak menghampiri kami dan mula memeriksa kami secara rambang. Tiba – tiba dia menghampiri aku. Aku mengangkat tabik serentak dengannya. Kemudian dia tergelak kecil. Aku hairan. “Kamu, keluar baris!” aku tanpa sebarang seoal terus keluar baris dan menunggu arahan seterusnya. “berdiri dihadapan dan beri tabik hormat kepada kawan – kawan kamu” aku terus melaksanakan arahan nya. Tidak sampai 5 saat aku memberi tabik hormat. Seluruh platun gelak besar hingga rosak barisan. Ketua komandan kami yang betul juga aku lihat tergelak kecil. Aku menjadi hairan. Seorang kawan aku datang kepada ku dan berbisik, “bang, panjang bulu ketiak. Bila nak tebas?” aku terlopong! Aku memegang ketiak baju ku di sebelah kanan. Ya Allah! Malunya aku…. Itu lah saat yang paling hitam dalam hidupku dan aku merasa sangat marah kepada Nurul Ain pada ketika itu kerana mempermainkan aku.


“Hai, marah lagi ke?” aku menoleh. La... dia lagi. Menyampah pula aku melihat mukanya. “Ala, maaf la. Saya saja nak main – main.” Kalau lah aku boleh cabut kasut but aku ini, hendak sahaja aku sepuk mukanya yang tembam itu. “takpa saya tahu awak nak main – main” dia terus duduk disebelah ku. “lepas ni, awak pass baju tu pada saya. Saya jahitkan okay?” baik pulak budak ni. Aku hanya mengangguk perlahan. Aku terpaksa akur kerana tiada seorang pun di dalam dorm ku yang pandai menjahit. “Ye lah. Nanti saya bagi.” Kami tersenyum



23 May 2006 _ perjalanan ke rumah firdaus


“Lama dah adik kenal Firdaus tu?” aku bertanya sekadar mengisi ruang kosong dalam perjalanan. Fara sedang memandu kerana kami bertolak ke rumah frdaus dengan menaiki keretanya. “Boleh tahan la. sejak Fara masuk kolej tu lagi”. Aku mula berminat mendengar. Aku mula bertanya pelbagai soalan kepada fara. Kadang kala ada berjawab, kadang kala tidak. Adat orang muda bercinta. Tak semua boleh di kongsi walau dengan keluarga sendiri. Hampir dua jam setengah memandu, akhirnya kami sampai di rumah Firdaus. Ramai orang di situ dan semuanya kaum kerabat dan sahabat handai arwah. Aku menjadi canggung di situ. Tidak tahu ke mana hala tuju, aku meminta adik ku membawa aku berjumpa dengan firdaus. “Takziah dik, sabar ya”. Hanya itu sahaja yang mampu aku ucapkan kepada dia kerana inilah kali pertama aku berbual dengan rakan adikku. Aku dijemput naik ke atas. Jenazah sudah tiada. Mungkin sudah dikebumikan barang kali. Aku pun malas hendak bertanya. Aku pergi mengambil wudhuk dan kemudian menarik sekeping Yasin di atas meja. Aku mula membaca. Ketika aku sedang melafazkan ayat dalam surah Yasin, aku ternampak Fara di dapur menangis. Aku hanya membiarkan sahaja dia melepaskan kesedihannya.


Kebetulan aku tamat membaca ayat terakhir surah Yasin, telefonku berbunyi. “Hello doktor, Doktor Hok ni. Boleh kembali ke hospital dengan segera? Saya perlukan bantuan anda”. Aku terus menjawab ya kerana itu sudah tugasku dan ketika ini aku pun tiada perkara yang lebih penting. “Fara, abang kena balik hospital. On call. Fara nak tinggal ke atau nak ikut?” Dia berbincang dengan rakannya, Aliz, yang kebetulan ada disebelahnya. Namun sebelum sempat adikku menjawab, “tak apa bang, nanti saya hantar Fara balik Kalau abang izinkan.” kami bertiga menoleh sama sendiri. Aku senyum kecil, “Jangan melencong okay.” Itu sahaja pesanku pada Firdaus. Aku meminta Fara kunci keretanya. Ketika aku hendak menyarung selipar ku, mataku tertumpu pada satu bingkai gambar. Seperti aku pernah lihat lelaki dalam gambar itu. Seperti… Andy! Tapi aku hanya menyimpan raguku ini sediri. Lagipun dalam rumah itu penuh dengan orang yang datag melawat. Mungkin juga aku salah lihat. Aku terus menghidupkan enjin kereta dan bergegas pulang.



23 May 2006 _ hospital


“Doktor Raziman, saya perkenalkan pesakit baru anda, Umairah” aku bersalaman dengan gadis berkaca mata hitam petak itu. Aku terkejut dengan tindakbalas nya. Diam tidak bergerak. “Owh saya lupa. She’s blind” aku mengangguk faham. Dia menganggkat tangan. Aku sambut tangan itu dan kami bersalaman. Kemudian aku berbincang dengan Doktor Hok tentang masalah Umairah. Dia mengalami penyakit jantung berlubang. Tiba – tiba Doktor Hok memberikan aku sekeping sampul surat. “Ini list nama intern awak. Tahun ni mungkin dalam lima atau enam orang pelajar medical akan berada di bawah bimbingan awak”. Aku hanya menggosok kepala. Pening aku. Sibuk lah aku selepas ini. Aku membawa Umairah ke pejabatku untuk berbincang dengan lebih lanjut. Agak lama kai berbual. Kadang kala lari dari tajuk asal namun ku layan juga. Dia kelihatan riang bercerita. “Doktor, boleh saya sentuh muka doktor?” aku terkejut dengan pertanyaan itu. Aku menjawab tanda setuju. Perlahan – lahan dia mencapai tangannya ke mukaku. Aku lihat dia tersenym kecil setelah menyentuh wajahku.


Pintu bilik diketuk, aku menjemput orang itu masuk, “Eh! Insektor. Buat apa disini?” aku bertanya dengan mesra. Dia juga kelihatan terkejut melihat aku. “Tak sangka doktor akan merawat anak saudara saya ini. Maaf saya datang lambat. Ada mesyuarat tadi”. Aku mengangguk faham. Kami berbincang tentang penyakit umairah dan juga langkah mencegah serangan berlaku. Tamat perbincangan mereka berdua pun bersiap untuk pulang. “Terima kasih Doktor Iman”. Aku tergamam dengan panggilan itu. Sepanjang aku hidup, seorang sahaja yang memanggil aku dengan nama itu…..


Ibu…..

Monday, October 13, 2008

diari seorang killer... - episod 3

15 Mei 2006 _ hospital


“Kami terpaksa membuat pembedahan ke atas mak awak. Ini kerana kecedaraan pada organ hati nya amat teruk. Kecederaan seperti itu selalunya datang dari hentakan atau gegaran yang amat kuat.” Budak perempuan itu terus terduduk menangis sambil memegang kepalanya. Seperti ada sesuatu di benak kepalanya sedang menghentam meminta keluar. “Ini semua salah keparat tu!! Jantan sial !!” aku tersentak dengan reaksi nya. Ku bawa dia kebilikku untuk ku ajak berbincang. “Jemput minum kopi nya Cik Dina.” Setelah keadaan kembali tenang, aku mula berbicara kecil dengannya. Semakin lama, aku mula menanyakan tentang lelaki itu. Pada mulanya dia agak keberatan unutk membuka mulut. Tapi dengan ilmu ku sebagai seorang doktor, aku berjaya mencungkil rahsia itu. “Mama panggil dia Andy.” Aku mendengar dengan penuh minat. “Dia selalu pukul mama. Ambil duit mama…” Setelah tamat cerita, aku hanya meminta dia bersabar sedangkan dalam hati aku seperti dibakar hancur…. . Selepas perempuan itu keluar, aku kembali ke meja ku untuk menulis laporan kesihatan, tiba – tiba aku terdengar satu jeritan nyaring, “Apa kau buat kat sini!!! Pergi jantan tak guna!!” cepat ku bingkas bangun untuk meelihat. “Mungkin itu Andy…” gumamku sendiri. “Encik, tolong tunggu di luar. Hanay ahli keluarga dibenarkan melawat pesakit” aku meminta dengan cara paling asas sebagai seorang doktor. Dia menjelingku sambil mengetap gigi. “Do you know who am I to her? Kalau tak tau jangan sebuk!!” begitu sekali aku dimarah! Dia fikir aku ni tukang cuci??

“Encik tolong ikut saya keluar.” Tiba – tiba seorang lelaki memakai baju berjaket kulit hitam datang sambil membuka dompetnya. Terlukis wajah gelabah di muka Andy. Beberapa ketika, lelaki berjaket itu kembali berjumpa denganku. “Ok doc, semua dah settle. Dia dah pergi. Saya Inspektor Johan” baru aku faham sekarang mengapa wajah Andy seperti nampak hantu tadi. “terima kasih…” aku ucap dengan senyuman…


“Siva, u dekat mana?” aku menelefon rakan sejawat ku. Maklumat tadi mesti aku kongsi denganya. Aku sampai diibu pejabat dan terus aku mencari Siva. Semua maklumat tadi aku beritahu dan kami duduk semeja dan memeriksa semua bukit dan maklumat yang diperolehi. “Ok, sekarang kita boleh menganggap dia seorang professional, tapi macam mana nak kaitkan dengan kes? Mangsa ada musuh ke?” soalan Siva itu berasas. “Mesti ada. Dia kan lawyer. Berapa banyak kes dia handle. Mesti ada yang tak puas hati” aku membuat kesimpulan asas.

Siva mengangguk sambil meelihat fail – fail klien mangsa. “Dari pengalaman saya berkerja sebagai doktor, cara potongan ini amat cantik. Seperti seorang doktor pakar bedah yang memotong…” kata – kata itu bermain – main di kotak kepalaku. Aku bingkas bangun lalu terus mengambil kunci kereta. “Eh Joe? Mana?” aku pantas berpaling,”library…”.


15 May 2006 _ Andy


“Aku geram betul la dengan anak Linda tu. Kacau plan aku je!”. Kawan – kawan ku kelihatan bingung dengan komen ku tadi. Aku ceritakan kepada mereka tentang kejadian siang tadi di hospital. “Nasib ada polis, Kalau tak, aku pang sekali sekat situ jugak!” hati ku berkocak panas mengingatkan kejadian pagi tadi. Aku memang terkejut dengan kedatangan polis itu. Dah buat report polis ke? Aku perlu mengambil tindakan pantas. Perkara ini tidak boleh aku lepaskan seperti itu saja. Linda dan anaknya mesti rasa! Baru mereka kenal siapa aku, Andy! “Baby…jangan la marah – marah. Malam ni u balik rumah I. i layan u macam selalu ok.” Wana, budak kampung yang aku bawa ke kota ini. Nasib ada kau, Kalau tak, mati kering aku layan tua tak sedar diri tu…



“Abang, hari ni fara nak keluar dgn kawan. Mungkin balik lambat.” Sejak adik ku mendapat kereta, jarang kulihat dia di rumah. Keluar sahaja. Sekali - sekali itu tidak mengapa. Mungkin ke kelas atau ke perpustakaan. Tapi aku pun tidak tahu ke mana dia pergi. “Dengan siapa? Pergi mana? Berapa lambat nak balik hari ni?” soalku dengan tegas seperti dia tak akan kembali. Fara tergamam seketika. Tidak pernah aku menyoalnya sebegitu tegas. “Err… fara keluar dengan aliz, classmate fara.” Aku meragui jawapannya. Mengapa dia harus tergagap – gagap jika dia jujur. Aku terus duduk dan meminta dia duduk bersama. “Abang mintak adik jujur dengan abang. Adik dah besar and dah boleh fikir sendiri baik buruk. Abang tanye ni jawab betul – betul. Fara nak keluar dengan siapa?”. Suasana sepi seketika sambil aku menanti jawapan. “Aliz dengan….emm… Firdaus.” Aku tersenyum. Adikku kini sudah besar dan matang. Aku tidak perlu mengongkong hidupnya. “Ok, balik sebelum 11 malam. Lebih, abang ambil kunci kereta sebulan. Deal?” Fara tersenyum gembira. Dengan cepat dia mencapai kunci keretanya. “Abang! Thanks!”. Aku hanya mengangkat tangan sambil tersenyum. Aku terus kembali ke meja belajar ku untuk menyambung kerja dari hospital


18 May 2006 _ hospital


Jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi. Sebentar lagi Puan Linda akan menjalani pembadahan hatinya. Pembedahan ini hanya akan mengambil masa dalam 45 minit hingga sejam. “Cik Dina boleh tunggu di luar. Benda ni sekejap sahaja” sambil aku memberitahu keadaan yang akan berlaku, aku melihat matanya disebalik cermin mata hitam besar itu. Lebam. Aku biarkan Cik Dina keseorangan tanpa soalan. Selesai pembedahan, aku terus keluar membersihkan diriku lalu aku terus mencari perempuan tadi. “Semuanya okay. Tiada sebarang komplikasi berlaku. Sekarang kita hanya tunggu luka pembedahan itu sembuh sahaja.” Cik Dina hanya tersenyum kecil. Tanpa dijemput aku duduk disebelahnya. Aku menanyakan tentang lebam pada matanya. “Andy… dia ingat kami report polis. So this is a warning sign he said semalam”. Tiba – tiba aku teringat kejadian ayahku menumbuk ibu. “Betina sial!! Aku bagi kau rumah, makan, minum, apa lagi kau nak!? Suka aku la nak balik ke tak!” Satu tumbukan hinggap di mata kanan ibu. Ibu tersungkur ke belakang. Ayah terus menerkam ibu dan menumbuk bertubi – tubi. Aku hanya menangis ketakutan sambil memeluk fara yang masih kecil dan tidak tahu apa – apa. “doktor?? Awak ok ke?” aku terkejut dengan sapaan itu. Aku mengangguk lalu pergi. Tempat tujuan, bilik farmasi.


20 May 2006 _ parking lot


Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Inilah tempatnya aku pasti. Semalam aku ternampak Andy datang ke hospital bertemu Puan Linda tapi tidak dibenarkan oleh bodyguard yang diupah oleh Cik Dina. Semasa Andy meninggalkan hospital, aku mengekorinya sehingga ke parking lot ini. “Ok… aku jumpa kau di kelab macam biasa.” Aku pandang ke luar kereta. Memang tuhan menyebelahi aku malam ini. Aku terus mencapai beg ubat di kerusi belakang. Aku keluarkan picagari serta anesthetic yang ku ambil dari farmasi semalam. Full dose. Itu lah yang akan aku berikan pada dia. Dengan ini, seekor kuda pun boleh tumbang, lagikan Andy.

“Hai Encik Andy, kenal saya?”. Aku bertegur sapa dengannya dahulu. Membuatkan dia berasa tenang. “Oh… awak ni la doktor yang sebuk hal orang hari tu kan? Apa awak nak?” aku mengangguk tanda setuju. “Saya sahaja datang sini nak jumpa kamu. Nak bagi barang.” Dia kelihatan bingung, “Barang? Barang apa? Saya tidak tinggalkan apa- apa di hospital.” Aku senyum lagi. Aku sisipkan picagari tadi perlahan – lahan dari lengan baju ku. “Ada. Ni ha barangnya!!!!” cepat aku mencucuk leher Andy dan aku tekan hingga ke hujung picagari itu. Ubat tadi dengan laju masuk kedalam badan Andy. Dia hanya terdiam kaku, terkejut dan pengsan.


“aku dekat mana ni? Mana baju dengan seluar aku” suara itu perlahan – lahan aku dengar dari luar. “Welcome Encik Andy! Hahaha” aku gelak besar. Dia hanya menjerit meminta tolong seperti anjing menyalak meminta makan. “Kuat lagi!!! Lagi!!! Hahah!! Tiada seorang pun akan dengar. Kita jauh dari kota.” Dia menangis ketakutan. Menangis sehingga terkencing. Aku terus menyediakan alatan bedahku. Saat ini lah aku merasa sangat gembira. “KAU GILA DOKTOR! KAU GILA!!!” jerit Andy. Aku memekakkan telinga ku. Pertama sekali aku mengambil pisau scalpel dan sepeket garam. Aku hiris – hiris badan Andy. “kenapa kau pukul orang perepuan.. kau tak malu ke… mak bapak kau tak ajar ke… kau tak pergi sekolah ek?” samabil – sambil itu, aku sapu garam pada luka – lukanya. Jeritan Andy itu menjadi muzik bagiku. Aku seperti seorang konduktor muzik yang sedang meminpin ahli orkestra. Aku mengeluarkan kotak rokok ku. “rokok? Nak sebatang?” Andy yang sedang menagis menggigil mengangguk kepala. Aku bakarkan dia sebatang. Sambil kami menyedut asap rokok aku bertanya lagi, “kenapa kau buli perempuan?.” Andy hanya menjeling aku “suka hati aku lah. Apa kau sebok? Bukan aku kacau mak kau!” berani sungguh anjing ini. Aku renjiskan lagi garam ke lukanya. Dia menjerit lagi. Rokok dimulutnya juga jatuh. “andy…andy…andy… salah jawapan kau tu.” Aku cucuh rokok ku itu pada lukanya. Dia menjerit sehingga kehabisan suara. “Puas dah? Boleh jerit lagi tak? Tak boleh? Ala kesiannya..” Aku berikan Andy bius dari paket ivy yang aku gantung di tepi kerusi. “ok sekarang kita tengok apa ada bawah kulit ni. Orang ke, setan!” aku mula menyiat kulit Andy dari dada ke atas. Dia hanya melihat sambil menangis. Dia tidak lagi menjerit kerana dia tidak dapat merasa sakit itu. Aku terus menyiat seperti orang gila. Memang aku gila. Aku benci orang macam Andy, ayah ku…

Kini andy hanya bogel. Bukan bogel tidak berbaju. Tapi tidak berkulit! Aku matikan ivy bius itu. “boleh cakap?” dia hanya diam, nyawa – nyawa ikan. Aku pergi keluar sebentar. Mengambil sebaldi garam. “Andy, ada orang kata, garam boleh mensuci kan dosa kita. Aku kesian dengan kau.. banyak dosa. Mari aku suci kan kau ok.” Aku tuangkan garam itu dari kepala. Jasad tak berkulit itu menggelupur kesakitan. Tiada lagi suara jeritan. Hanya suara seperti satu bisikan. “Aik? Tak mati lagi? Liat nya nak mampus…” aku senyum pada Andy. Dia kelihatan hampir mati. Tapi seperti tuhan mahu dia hidup lebih lama. “Ok Andy, selamat jalan..” Aku belah dadanya, aku potong rusuknya lalu ku cabut jantungnya. Seperti ku lakukan pada peguam itu. Ini lah organ kesukaanku jantung. Aku kemas segala barangku. Aku biarkan mayat Andy disitu. Aku terus pulang.


22 may 2006 _ tempat kejadian


“Ya Allah.. apalah salah orang ni sampai macam ni sekali…” mayat busuk itu mati dalam keadaan menyayat hati. Aku tertanya sendiri mengapa. “ Jo, same thing but new story” mataku terbeliak. Pembunuh yang sama!? Tap kali ini lebih kejam! Aku perlu tangkas! Jika tidak, mungkin orang lain akan dibunuh lebih kejam lagi!

Saturday, October 11, 2008

diari seorang killer... - episod 2

“Selama saya bertugas dalam bidang ni, tak pernah saya jumpa kes sekejam ini…” keluh Inspektor Johan sambil menekup mulut nya dengan sapu tangan. Agak terkejut dia dengan apa yang dilihatnya sekarang. Semua ini badan mangsa terburai keluar. “it looks like a fast death kan Joe?” soal Inspektor Sivanesvaran, rakan setugas Inspektor Johan. Dia hanya diam menggeleng. Sedang ahli – ahli forensik sedang menjalankan tugas mengutip bukit, mata Inspektor Johan tertumpu pada satu benda yang kelihatan agak berkilau di satu sudut rumah itu. “Siva, u fikir di mana biasa kita nampak pisau macam ni?”. Hanya satu jawapan yang keluar, “hospital”. Inspektor Johan mengangguk kepala tanda setuju lalu membungkus pisau scalpel itu dalam beg bahan bukit. “Inspectors, I think we’re done here”. Semua anggota forensik dan polis meninggalkan tempat kejadian itu.

14 Mei 2006 _ Doktor Raziman

“Fara, ada kelas tak hari mi?” Dia hanya menggeleng sambil memegang majalah. Aku terus ke dapur. Aku terlihat baju dan seluar ku yang berdarah dari malam tadi, cepat – cepat ku rendam agar tak kelihatan adikku. “Jom keluar. Abang ada surprise nak bagi Fara”. Adikku bingkas bangun seperti anak kecil mendapat mainan. “Surprise? Ape dia? Kejap – kejap, adik pergi siap ye. Jangan coba – coba mau lari tau!” aku hanya tergelak kecil dengan telatah dia. Aku memandu dengan tenang sambil berbual – bual kecil dengan Fara. Ada sesekali dia cuba memujukku untuk memberitahu apakah kejutan yang aku cuba lakukan. Aku hanya menjelirkan lidahku mengejek. “ Ok dah sampai. Tunggu dekat meja tu.” Tanpa banyak soal, dia menurut. Aku masuk ke dalam pejabat sebuah kedai kereta. Aku bertanya kepada kerani disitu dimana tuan kedai. Tiba – tiba bahu ku disapa. “Assalamualaikum doktor, apa cerita? Sehat?”. aku senyum dan menjawab soalan itu. Aku berbual – bual dengan tuan kedai itu yang aku kenal semasa aku merawat anaknya dahulu. “So, macam mana? Jadi?”. “Jadi. Dah sampai ke?”. Tuan kedai itu senyum. Ah! Adalah tu, bagus. Dia memang seorang yang menepati janji. Kami keluar dari pejabat. Aku melambai adikku memanggilnya. “Jom. Ikut abang.” Kami berdua hanya mengikut tuan kedai ke kawasan kereta yang siap sedia untuk diambil. “Baik doktor, ini kunci kereta. Road tax semua ada dalam sampul surat ni.” Kira settle lah semua ni pada pendapat aku. “Fara, nah. kereta ni adik punya.” dia tergamam. Air matanya mengalir laju melalui pipinya yang halus itu. Aku gelabah “La…. Dapat kereta pun nangis ke? Belum dapat lori lagi, kapal terbang” aku menerima satu das cubitan tajam di lengan. Tuan kedai itu hanya ketawa. “Thanks. Sayang abang…” sambil aku menyeka air matanya. “Cet! Dapat kereta baru nak sayang. Kalau tak? Hampes tak dapat dengar adik cakap macam tu”. Sedas lagi cubitan aku terima. Kali ini lebih bisa.

15 Mei 2007 _ bilik autopsi

“Setelah bedah siasat dijalankan, mangsa kehilangan jantung. Luka – luka pada kulit mangsa disapu dengan garam dan cara potongan pada kilit dan organ mangsa bersih.” Aku mendengar dengan penuh minat dengan apa yang diperkatakan oleh doktor yang menjalankan bedah siasat. “Saya berpendapat, pembunuhan ini dilakukan oleh seorang pro.” Aku mengangkat kepala memandang doktor itu. “Maksud doktor?.” “Dari pengalaman saya berkerja sebagai doktor, cara potongan ini amat cantik. Seperti seorang doktor pakar bedah yang memotong. Selalunya pembunuh biasa hanya membuat potongan seperti melintang atau potongan secara perlahan – lahan. Tapi potongan kulit dada mangsa ini hanya satu potongan ke bawah dan tiada sangkut. Seperti dipotong dengan scalpel” aku terkejut dengan hipotesis doktor itu. Lalu aku menceritakan siasatan ku kepada doktor itu.
“Tapi mengapa garam....?.” tanyaku. “Oh, itu salah satu cara penyeksaan zaman dahulu. Biasa digunakan dalam soal siasat untuk memaksa pesalah mengaku kesalahan mereka.” Sekali lagi aku terkejut dengan jawapan itu. Aku mengucapkan terima kasih lalu terus keluar untuk bertemu Siva. Telefon bimbitku berbunyi. “Umairah…. Hello? Ye dik? Kenapa?” anak saudaraku. “Jo kat mana? Mak cik ni. Mai ada di HKL ni. Tadi mai jatuh tangga. Datang cepat ya” aku terpaksa bergegas ke hospital sekarang. Perkara dengan Siva itu boleh nanti.

“Dia ok. Luka sikit saja.” Aku menarik nafas lega. Umairah, anak saudara ku yang ku bela sedari kecil hingga kini sudah menjadi anak dara. Kemalangan yang meragut nyawa abangku dan isterinya membuatkan aku kini bertanggungjawab pada dia. Kemalangan itu juga lah yang menyebabkan mata nya buta. Aku membesarkan umairah seperti anakku sendiri walaupun aku belum berkahwin. “ Maaf ayah Jo, Maira yang salah. Turun tangga tak pegang tepi tangga…” terdengar nada keluhan itu membuatkan aku risau seketika. “Tu lah ayah suruh pindah bawah tak nak. Lepas ni ayah pindahkan bilik mairah ke bawah.” Aku bernada tegas. “Ala, jgn la. Nanti mairah kurang bergerak. Nak kena kira langkah lagi. Susah nanti. Takpe lain kali mairah jalan pelan – pelan ok.” Betul juga cakapnya itu. Lama juga dia hendak biasakan dirinya dengan pergerakan dalam rumahku. “ok…ok, kak, tolong tengokkan dia ya. Nanti malam saya ambil. Ada hal nak selesaikan.” Pintaku pada kak zana, pembantu yang ku upah untuk menjaga umairah. Dia mengangguk tanda faham.

Aku perlu kembali kepada kes ini. Ini kerja seorang psycho. Orang seperti ini tidak boleh ku biarkan berleluasa…

Thursday, October 9, 2008

Dairi seorang killer... - episod 1

"Iman dah besar nak jadi apa?....". ayat itu akan sentiasa mengekori ku sepanjang aku hidup. “ Doktor. Nanti boleh man ubat mak kalau mak sakit. Boleh man balut lebam – lebam ni…” ibuku hanya mampu tersenyum setiap kali aku menjawab soalan itu. Aku amat merindui senyuman itu. Itulah pendorong aku mencapai cita – citaku ini. Lain pula dgn ayahku. Sering pulang lewat malam dalam keadaan mabuk, marah – marah. Biasanya ibu akan menjadi bahan sepak terajang dia. Itulah punca badan ibuku bercacah dgn lebam dan luka. Aku benci lelaki itu. Sangat membencinya hingga dialah orang pertama yang aku bunuh!. Ibuku hanya tergamam melihat gunting itu melekat di leher ayah. Aku tersenyum puas. “ man!!! Apa man buat ni!!!... Ya Allah….”. aku pelik memandang ibuku yang menangis teresak – esak sambil mencabut gunting jahitnya dari leher lelaki keparat itu. “ ayah jahat! Dia pukul mak. Mak nak bela dia lagi !?” dan kerana pembunuhan aku, ibu dipenjara, dan ke tali gantung….

24 tahun berlalu. Aku bukan Raziman yang dulu lagi. Aku, Doktor raziman. Pakar bedah. Semua orang kenal aku. Hidup ku tidak lagi seperti dulu. Hidupku sekarang hanya untuk adikku yang sedang mengaji di institusi pengajian tinggi di ibu kota. “Fara habes kelas pukul berapa? Nanti abang jemput, kita lunch sama – sama”. Fara, dialah tujuan utama aku perlu terus hidup kerana aku saja yang dia ada. “petang kot. Abang takde surgery ke hari ni?”. Aku menerangkan semuanya pada dia. Dan kami keluar pada Sebelah petang kerana dia sibuk dengan kelas. Kebiasaan kami orang kampung waktu petang melepak di warung –warung atau mana – mana kedai mamak. Disitu jugalah tempat aku dan fara meluangkan masa bersama. “abang nak beli paper kejap. Nak kirim tak?”. “mentos” sambil tersenyum.

“Bhai, Winston merah 14 satu.” Sambil – sambil aku membelek majalah di kedai itu. Tiba – tiba. Aku terlihat satu majalah yang meletakkan seorang peguam yang berjaya sebagai muka utamanya. “ Peguam berjaya, 23 tahun berkhidmat untuk kesejahteraan negara”. Aku kenal peguam ini. Tiba – tiba, kepala aku terasa pening, jantungku berdegup kencang. Dia yang mendakwa ibuku! Aku mengambil majalah itu. Aku meminta tuan kedai mengira semuanya dan ku letakkan not RM 20 lalu berkata “ambik terus!”. Dia agak terkejut dgn tindakan aku.

Malam 12 Mei 2006

“Kawasan ini cuma orang dalam je boleh masuk encik”. Aku mengangguk mengerti. Aku terus beredar dari situ. 2 hari sebelumnya. Aku ke firma guaman tempat peguam itu bekerja. Chan Tiat Boon. Itulah nama nya. Aku meminta alamat rumah dia dari setiausaha yang bekerja disitu. Sejak itu, aku mula merancang. Pertukaran masa pengawal, keluar masuk, titik buta kamera keselamatan. Kini aku akan melepaskan apa yang aku pendam selama ini.

Aku mengumpil kunci rumahnya. Aku sembunyi di balik pintu. Menunggu dengan pisau bedahku ditangan. “damn! Who broke my door…”. Kaki kanan melangkah. Terus ku hiris tendon kedua - dua kakinya. Lalu ku menekup mulutnya dengan clorofoam. Darahnya mengalir deras. Aku menutup lukanya dengan bandage. 1 jam… aku menunggu, lalu aku berikan die ammonium sulfate agar dia cepat sedar. “who are you… why are u doing this to me…??” aku tersenyum lalu aku menceritakan segalanya. Dia tergamam. Setiap kali dia menafikan apa yang aku beritahu, aku hiris kulitnya. Ku sapu garam. Die mengarang kesakitan. Aku merasa puas! “so u still deny all that I said!!?? Then go meet my mother on the other side. Tell her I said hi!!” aku belah dadanya. Tanpa bius aku robek jantungnya dengan tangan ku!
Aku senyum sendiri…

13 Mei 2006 _ akhbar Warkah Kota

“SEORANG PEGUAM MATI DALAM KEADAAN YANG MENGERIKAN..”
Aku senyum lagi…..

Tuesday, October 7, 2008

die seorang mood killer.....

selasa 11.11 malam- 07 / 11 / 2008....

die seorang mood killer.... semuanya bermula pada beberapa minggu yang lepas. aku pon tak tau dah mane nak mula ni...

Ok this is my opening.... CINTA.... wut is the definiton of CINTA pada korang? adakah ia satu objek? atau sekadar satu ayat yang mudah dilafaz oleh mulut kita. semua orang menyebut tentang cinta macam bende tu satu ayat harian yang sering kita gunakan dalam percakapan kita dengan kawan2. tapi, can we feel it? dalam benak hati korang yang dalam tu, boleh tak korang tunjukkan apa itu cinta? cinta kepada tuhan is subjektif dan depends on the person itself. tapi cinta sesama kita. what is it seriously....

bila kita cakap pasal cinta mesti orangkaitka dengan sayang. pernah ade orang kata kat aku, " sayang tak bermaksud kita cinta. cinta bermaksud kita sayang". is it really possible? aku pon tak tau..... kadang2 kita cepat merasa sayang pada sesuatu, seseorang, dan lain2. tapi kita cinta ke semua tu? kalo kita kata cinta, macam mana kita tunjuk? some stupid men says," to love is to fuck". orang bijak kate,"to love is to feel understand, care and sacrifice ti the ones u love most". tapi semua tu penting ke? the question here is, is love important when u don't even care?

mungkin some of u tak fahamkan ape yang aku cakap ni?? aku pon tak paham ape yang aku cakap ni. tapi ape yang aku tau, perasan inilah yang memanusiakan aku. alfred adler ade sebut, "
To be a human being means to possess a love feeling of inferiority which constantly presses towards its own conquest. The greater the feeling of inferiority that has been experienced, the more powerful is the urge for conquest and the more violent the emotional agitation.". tapi aku tak dapat rasa ape yang die cakap tu sebab aku takde mood untuk merasa semua tu lagi. this is all because die seorang mood killer.

2 malam lepas, aku duduk termenung depan pc aku ni sambil dengar radio. suddenly keluar lagu cinta ini membunuhku dari D'masiv. lagu tu agak catchy and it really catch my attention. setiap bait ayat dalam lagu tu aku dapat rasa dalam diri aku. at that time, aku rasa aku lah manusia paling pathetic.

kau membuatku berantakan
kau membuatku tak karuan
kau membuatku tak berdaya
kau menolakku acuhkan diriku

bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
kusadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

kau hancurkan aku dengan sikapmu
tak sadarkah kau telah menyakitiku
lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku

each and every word he sang matches the pain that i felt at that time. mungkin kebetulan je lagu ni. tapi aku dapat rasa memang betul2 kene paku dgn lagu ni. that is the time that i really reallize that, i'm just a stupid boy chasing shadow. sampai bile pon aku tak dapat. ape korang rasa kalau korang berada di tempat aku. dan sejak aku dapat lagu ni lah, mood aku mati. sebab die or maybe sebab kebodohan aku. ade classmate aku tanye tadi,: zaidi, ko makan sarang tebuan ke?"
aku terus blur. apsal die cakap aku camtu? thn die kate muka aku macam nak marah, nak mengamuk. ladies and gentlemen, that is my face when i have no mood at all. mood aku telah dibunuh habes. sekarang aku terpaksa rilex, tenangkan fikiran, carik balik serpihan2 mood aku yang lost tu.

this maybe the downfall of me since i'm broken right now. but aku tak bimbang. sebab
ALLAHISNOWHERE

fahamkan maksud ayat hitam tu. positive thinking make u a creative one.


ape2 pon..... die seorang mood killer..... and if that person baca ni and terasa tu diri die, fikir dulu sebelum hendak mengamok ke ape ke, mencarut ke. aku dah tak kesah. i'm there for everyone but not everyone is there for me. it's ok cause some is meant to have the pleasure and pain befriend with me.


that's it i guess.


die seorang mood killer.........




Friday, August 22, 2008

what the???

now... 6.24 pagi. aku bangun tido pagi semalam kol 9. lagi 2 jam nak gi camping...

WHAT THE HECk am i doing up??? damn....

takleh tido. tapi satu aku sedar at this time... I SUCKS AT BLOG!!

Tuesday, August 19, 2008

KL now or never

i'm back...

what a tiring week back home. well still it was a rewarding tiring week.
never been that happy. gotta hag out wif my peeps at malaca.

spending money like hell.. hahahahaa
walk untill it hurts...urghhh

best gile la minggu lepas. tak penah aku rase happy camtu.
kalo la leh wat tiap2 minggu. kompom mati senyum.

well kitorang makan besar, jala2, belanja pon besar gak.
peh... tapi berbaloi...

ape lagi...

owh... finallyu no more PBS a.k.a SBE.
im gonna teach next sem. and it could be tough but i'm looking fowards towards it.

well... my head is kindda empty rite now. later peeps

Friday, August 8, 2008

i'm back....

finally this is my next chapter i wanna share.

lame dah tak masuk sini. bz bz bz . tu je la kan

lagi pon hidup cikgu ni bukan paradise...
susah beb. tapi that is my dream and determination.

ape je nak cakap??
ramai member2 yang memang teras-keras, kipas susah mati, kepala keluli blog ni
mintak aku update aku nyer blog. ni aku update ni jgn tak bace ek

lame dah aku nak buat tapi guys, korang paham2 je la ek.
aku nak kuar hang out dgn korang pon tak sempat2.

this past month, hidup aku ni macam agak roller coster ride gak.

well other than that, aku ok. aku beli psp ngan electric guitar. my dream tu.
so now i live in peace. to kengkawan yang mintak aku up date. nah amek ni.
aku dah fulfill wish korang. bace la.

owh lagi satu. aku join bisness top up. pade yg tak tau mesti dah tau kalo korang bace ni. so jgn segan2 carik aku. tapi bukan top up free tau.
kalo free tokey minyak pon boleh pengsan terkincit. hehehe

ka la. c u wen i c u on the next chap.

i'm out. salam

Sunday, March 23, 2008

adoi sakit pale

dah berapa malam ni aku aasyik mimpikan die...

aku tak kenal die sape, tapi aku macam penah tgk muke die..
tapi bile aky bangun tido.. aku rase rindu sgt kat die..
aku takut la... takut die bawak aku pergi... tetiba je aku dah tak bangun dari tido
camne??

tu sku selalu tido 5 6 pagi...

tapi kenapa sekarang ni kerap sangat die datang?
ade sebab ke? or just sumthing die cube nak bagi tau kat aku...

bingung2...

Monday, March 10, 2008



ello??? aku kini kembali lagi!!!! nie die gambar2 yang aku janjikan dulu...
enjoy!!!





Sunday, March 9, 2008

hmm...

ello again all... sapik dah balik perlis huhuhuhu.........

namun begitu malam ni aku makan besor sebab seluruh daerah batu pahat BN yang pegang..

hahahahah!!!!!!!!!!!!! aku berasa sgt sronok x trhngga!!!!
esok dah balik kl. pukul 9 pagi... aduh malas nye nak bangun pagi...
tapi takpe nak main wow!!! huahuahua!! tapi ade prob la..
password hilang... waaaaaaaaaaaaaa!!!!!! rase macam nak nangis pon ade.....

herm mase pegi ar terjun tu best banget sih!!!! gambar blom masuk...
esok2 je la...

ape2 pon.... BN menang besar di johor!!!!! aku suka!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 6, 2008

laSt deY at SkooL!!! yeehawww

salam semua..... hahahaha aku yang gembira pada hari ini...

PBS dah abES kekekekeke... aku balik kubu aku hari isnin...

meriah la blog aku lepas ni. kat komp skool ni pown takleh nak wat pape. hambar....
senjata aku semua kat kl. pensel kaler ngan pensel lukis pown kat kl. huahuahua...
aku rindu kat pet aku si komputer bebet. ape la nasib die kat kl.....

tapi hari ni tak berapa ngantok la sebab hari ni aku ngan sapik pulun habis keje kitorang... ekekeke...
gambo sume dalam phone. sabtu ni pegi air terjun. either gunung lumut or sungai bantang. tgk la mane2.

nak bawak sape ek??? hurm masih menjadi persoalan tgk je la gamba kat air terjun je nanti.
tu je hari ni.


tunggu aku kat kl ye HAHAHAHAHA(bersuara gergasi)

Wednesday, March 5, 2008

3 hari di SKolaH

HEHEHE ....

akhirnya this is my blog yg maybe aku akan stick on.....

hari ni bosan gile la kene pegi PBS kat skola ni. budak2 boleh exam plak kat sini...
takpe2 leh siapkan esaimen yang menggunung ni ha... kekeke gune komp skola sesuka hati.
hahahahah.... macam2 aku bukak....
sAMbil meNYeLam mINuM sIrAP!!!

b
est la.. itu je la yang best... yang lain??? tgh kumpul dwet ni beli jam sepasang.... tapi yang ladies punye aku nak bagi sape???? adus.... takpe simpan je jgn gune. buat hantaran kawen. hehehe.

k la. sok taip lagi... kang tulis semua rini abes kering pulak keESokkan haRI... eheh



 
Copyright© aKu pUnYE caKAp2